Page 46 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 46

(4)    Dalam  keadaan  tertentu,  Dekan  Institusi  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana
                          pegawai  yang  ditetapkan  oleh  Universiti  atas  perakuan  Dekan  Fakulti  boleh
                          membenarkan  calon  menangguhkan  pendaftaran  permulaannya  ke  semester
                          yang berikutnya.

           4.      Pendaftaran kursus
                   (1)    Calon  untuk  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan
                          dikehendaki mengikuti program tersebut berdasarkan struktur program pengajian
                          sepertimana yang ditetapkan di bawah Jadual 1 kepada Peraturan-Peraturan ini.

                   (2)    Calon  dikehendaki  mendaftar  untuk  kursus-kursus  yang  ditetapkan  di  bawah
                          Jadual  II  kepada  Peraturan-Peraturan  ini  bagi  program  pengajian  Ijazah  yang
                          diikutinya.

                   (3)    Calon  diberi  tempoh  masa  selama  dua  minggu  dari  tarikh  permulaan  semester
                          untuk  menyempurnakan  urusan  pendaftaran  kursus.  Calon  yang  tidak
                          menyempurnakan  pendaftaran  kursus  dalam  tempoh  ini  tidak  boleh  mengikuti
                          kursus tersebut.

                   (4)    Walau apapun peruntukan subperaturan (3), seseorang calon boleh sebagai kes
                          khas atas perakuan Dekan Fakulti, boleh diluluskan untuk mendaftar lewat atau
                          secara  kebelakangan  sekiranya  calon  dapat  memenuhi  lapan  puluh  peratus
                          daripada kehadiran kelas untuk semester berkenaan bagi kursus tersebut. Calon
                          tersebut akan dikenakan bayaran denda atas kadar yang ditetapkan di samping
                          yuran-yuran lain yang ditetapkan bagi kursus berkenaan.

           5.      Pembaharuan pencalonan

                   (1)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  hendaklah
                          memperbaharui pencalonannya tidak lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan
                          semester yang berkenaan.

                   (2)    Calon program pengajian Ijazah secara Penyelidikan hendaklah memperbaharui
                          pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan semester yang
                          berkenaan.

                   (3)    Kegagalan  calon  untuk  memperbaharui  pencalonannya  dalam  tempoh  seperti
                          yang  ditetapkan  dalam  subperaturan  (1)  atau  (2)  boleh  menyebabkan
                          pencalonannya  diluputkan  melainkan  calon  dibenarkan  mendaftar  lewat.  Calon
                          akan  dikenakan  bayaran  denda  atas  kadar  yang  ditetapkan  di  samping  yuran-
                          yuran lain yang ditetapkan.


           6.      Pendaftaran serentak
                   (1)    Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), calon tidak dibenarkan berdaftar
                          serentak untuk program pengajian lain yang membawa kepada penganugerahan
                          sesuatu ijazah di Universiti ini atau di universiti atau institusi lain.

                   (2)    Fakulti  boleh membenarkan  calon mendaftar  serentak  untuk  program  pengajian
                          lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah di Universiti ini atau
                          di universiti atau institusi lain dengan syarat—

                                                                                                 46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51