Page 48 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 48
perubatan yang disokong dengan laporan perubatan yang dikeluarkan
oleh pegawai perubatan berdaftar.
(f) Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan
dengan Gred W. Yuran pengajian bagi kursus berkenaan akan tetap
dikenakan.
(g) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, calon dikehendaki meneruskan
pengajiannya bagi kursus berkenaan. Calon akan diberikan Gred F
sekiranya tidak menghadiri kursus dan tidak menduduki peperiksaan yang
diadakan pada akhir semester berkenaan.
(h) Penarikan diri dari kursus atas alasan berikut tidak dibenarkan:
(i) Prestasi calon tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;
(ii) Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; atau
(iii) Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus; dan
(i) Penarikan diri dari mana-mana kursus tidak dibenarkan apabila tempoh
peperiksaan semester telah bermula.
(2) Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari semester:
(a) “Penarikan diri dari semester” bermakna penarikan diri dari semua kursus
yang didaftarkan atau program latihan atau penyelidikan bagi semester
berkenaan. Calon hanya dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester
selepas ia telah menjalani program pengajian sekurang-kurangnya satu
semester. Fakulti boleh dalam keadaan tertentu membenarkan calon
menarik diri daripada mana-mana semester.
(b) Permohonan penarikan diri dari semester boleh diluluskan oleh Fakulti
tertakluk kepada ianya diterima sebelum jam 12.00 tengah hari, hari
Jumaat minggu kuliah ketujuh semester berkenaan.
(c) Calon yang diluluskan untuk menarik diri dari semester sebelum 12.00
tengah hari, hari Jumaat minggu kuliah ketujuh semester—
(i) tidak akan dikenakan yuran pengajian; dan
(ii) rekod pendaftaran semester berkenaan dihapuskan.
(d) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester selepas jam 12.00
tengah hari, hari Jumaat minggu kuliah ketujuh semester kecuali
diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor berkenaan atas permohonan
calon yang dibuat secara bertulis melalui Dekan Fakulti. Permohonan
hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang disokong
dengan bukti dokumentasi berkenaan atau atas alasan perubatan yang
disokong dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai
perubatan berdaftar.
48