Page 53 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 53
18. Bahasa tesis
Tesis hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Dalam keadaan
tertentu, Senat boleh meluluskan suatu bahasa selain daripada bahasa Malaysia atau
bahasa Inggeris untuk tesis berkenaan.
19. Penyerahan Tesis
(1) Calon hendaklah menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan dalam tempoh
pencalonannya. Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan tesis dan apa-apa
tempoh pembetulan atau kajian lanjut tesis yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum
pencalonan calon.
(2) Calon hendaklah memberi sekurang-kurangnya tiga bulan notis bertulis kepada
Fakulti sebelum penyerahan tesis untuk pemeriksaan.
(3) Calon hendaklah mengemukakan dalam bentuk percetakan sekurang-kurangnya
lima salinan tesis atau mengikut bilangan salinan yang ditetapkan oleh Fakulti
untuk pemeriksaan. Tesis tersebut hendaklah—
(a) didahulukan dengan—
(i) ringkasan (abstrak) yang tidak melebihi lima ratus patah
perkataan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dalam
keadaan di mana bahasa tesis adalah selain daripada bahasa
Malaysia atau bahasa Inggeris, abstrak dalam bahasa tersebut
hendaklah juga disediakan; dan
(ii) perakuan keaslian penulisan berdasarkan format yang ditetapkan
oleh Universiti;
(b) ditaip atau dicetak dua barisan langkau di atas kertas bersaiz A4, kecuali
untuk lukisan atau peta yang tidak mempunyai had saiz kertas. Ruangan
berukuran empat sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri; dan
(c) dijilid dengan kertas nipis berwarna merah ‘rexine’ dengan tajuk atau
ringkasan tajuk serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar di
tulang belakang dan pada kulit hadapan.
(4) Tesis hendaklah tidak melebihi seratus ribu patah perkataan melainkan Senat
telah meluluskan jumlah bilangan patah perkataan yang lain.
(5) Walau apapun peruntukan subperaturan (4), yang berikut tidak termasuk dalam
had patah perkataan tersebut:
(a) Nota kaki atau nota hujung, lampiran, jadual dan rajah; dan
(b) Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada sebarang teks. Ulasan
atau kritik yang dibuat oleh calon mengenainya hendaklah tertakluk
kepada had patah perkataan tersebut.
53