Page 56 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 56

(c)   Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
                                bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah di Fakulti di mana
                                Timbalan Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi
                                Fakulti;

                          (d)   Ketua Jabatan yang berkenaan; dan

                          (e)   Tiga  orang  pemeriksa  yang  pakar  dalam  bidang  berkenaan  yang  mana
                                sekurang-kurangnya  dua    orang  adalah  terdiri  daripada  pemeriksa  luar
                                yang dilantik oleh Senat.

                   (2)    Korum  untuk  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa    hendaklah  sekurang-
                          kurangnya empat termasuk seorang pemeriksa dan wakil Senat.

                   (3)    Sekiranya  Dekan  Fakulti  adalah  Penyelia  atau  pemeriksa  untuk  tesis  calon,
                          pengerusi  Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh  terdiri  daripada  seorang  Profesor
                          dalam  bidang  berkenaan  atau  Dekan  Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-
                          mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti.

                   (4)    Sekiranya  Dekan  Fakulti  atau  Pengerusi  Jawatankuasa  Ijazah  Tinggi  atau
                          Timbalan  Dekan  bertanggungjawab  untuk  program  Ijazah  Doktor  Falsafah  atau
                          Ketua Jabatan atau Penyelaras program adalah penyelia untuk calon berkenaan,
                          beliau akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa atas jemputan dan
                          bukan sebagai ahli Jawatankuasa Pemeriksa.


                   (5)    Melainkan  apa  yang  diperuntukkan  dalam  subperaturan  (3),  jika  Dekan  Fakulti
                          atau  Dekan  Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana
                          yang  ditetapkan  oleh  Universiti  atas  apa-apa  sebab  tidak  dapat  menjalankan
                          kewajipannya  sebagai  pengerusi  Jawatankuasa  Pemeriksa,  Timbalan  Dekan
                          yang  bertanggungjawab  untuk  pascasiswazah  atau  Timbalan  Dekan  Institut
                          Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh
                          Universiti boleh menjalankan kewajipan Dekan sebagai pengerusi Jawatankuasa
                          Pemeriksa dengan  persetujuan Naib Canselor.

                   (6)    Ahli Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh menurunkan kuasa kepada mana-mana
                          orang  lain  yang  bukan  ahli  Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  mewakilkan  beliau
                          dalam mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  kecuali  dengan  persetujuan  bertulis
                          daripada Naib Canselor.

                   (7)    Pendaftar  atau  wakilnya  akan  menjadi  setiausaha  dalam  mesyuarat
                          Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (8)    Penyelia boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud
                          menasihat  perkara  yang  dibincangkan  tetapi  tidak  berhak  mengambil  bahagian
                          dalam pertimbangtelitian dan apa-apa keputusan peperiksaan tesis calon.

                   (9)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  menimbang  laporan  pemeriksa  mengenai
                          tesis  calon,  menjalankan  peperiksaan  viva  dan  mengambil  suatu  keputusan
                          mengenai tahap pencapaian tesis itu menurut peruntukan Peraturan-Peraturan ini
                          untuk  diperakukan  kepada  Senat.  Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  juga

                                                                                                 56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61