Page 61 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 61

(iii)   dirujukkan  untuk  kajian  lanjut  dan  diserahkan  untuk  peperiksaan
                                       semula.

                          (c)    Markah dan gred tidak akan diberi dalam pemeriksaan tesis.

                          (d)    Calon  adalah  diwajibkan  untuk  menghadiri  satu  peperiksaan  viva
                                 mengenai  tesisnya.  Jawatankuasa  Pemeriksa  mempunyai  kuasa  untuk
                                 menentukan  kaedah  pengendalian  peperiksaan  viva  untuk  tesis  calon.
                                 Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh,  jika  perlu,  menjemput  seorang  guru
                                 Universiti yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang berkaitan
                                 dengan  bidang  penyelidikan  calon  untuk  menghadiri  mesyuarat
                                 Jawatankuasa Pemeriksa dan peperiksaan viva calon berkenaan.

                          (e)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  setelah  menimbang  laporan
                                 pemeriksa,  tesis  calon  dan  peperiksaan  viva,  memutuskan  dan
                                 memperakukan sama ada tesis calon tersebut—

                                 (i)   telah mencapai merit  akademik  yang  cukup  untuk  dianugerahkan
                                       Ijazah tanpa perlu membuat pembetulan;

                                 (ii)   telah mencapai merit  akademik  yang  cukup  untuk  dianugerahkan
                                       Ijazah tertakluk kepada calon membuat pembetulan dalam tempoh
                                       kurang dari enam bulan tanpa peperiksaan semula;

                                 (iii)   dirujukkan untuk menjalani kajian lanjut dalam satu tempoh antara
                                       enam hingga lapan belas bulan sepertimana yang ditetapkan oleh
                                       Jawatankuasa  Pemeriksa  dan  hendaklah  diserahkan  untuk
                                       peperiksaan semula sebelum tamat tempoh yang ditetapkan; atau

                                 (iv)   tidak  mencapai  merit  akademik  yang  mencukupi  dan  calon  telah
                                       gagal dalam peperiksaan tesisnya.

                          (f)    Walau  apapun  yang  dinyatakan  dalam  subperenggan  (iii),  kajian  lanjut
                                 untuk tempoh yang melebihi lapan belas bulan hanya boleh diperakukan
                                 oleh  Jawatankuasa  Pemeriksa  atas  keadaan  tertentu  dan  berdasarkan
                                 laporan pemeriksa yang berkenaan.

                          (g)    Bagi maksud peraturan ini “kajian lanjut” ertinya semakan dan penulisan
                                 semula  tesis  termasuk  penyelidikan  lanjut  dalam  topik  tesis  tersebut.
                                 Manakala “peperiksaan semula” ertinya penilaian semula tesis calon oleh
                                 Jawatankuasa Pemeriksa selepas menjalani kajian lanjut.

                          (h)    Calon  yang  dirujukkan  untuk  kajian  lanjut  boleh  diperlukan  oleh
                                 Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  menghadiri  peperiksaan  viva  mengenai
                                 tesisnya untuk kali kedua.

                          (i)    Keputusan  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  berdasarkan
                                 laporan  pemeriksa  dan  prestasi  calon  semasa  viva  voce  dan  seboleh-
                                 bolehnya dicapai melalui sebulat suara. Sekiranya keputusan tidak dapat


                                                                                                 61
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66