Page 58 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 58
syarat pelantikan sedemikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat
mungkin.
(9) Fungsi Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
(a) menimbang keputusan peperiksaan menurut Skim Pemarkahan
sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 28(1)(c) di bawah dan
menentukan calon yang telah lulus atau gagal sesuatu peperiksaan;
(b) memperakukan kepada Senat bahawa calon yang telah gagal peperiksaan
dalam mana-mana kursus dibenarkan mengulang kursus dan mengambil
semula peperiksaan dalam kursus berkenaan atau tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan itu atau tidak diterima masuk semula ke program
pengajian Ijazah; dan
(c) melaporkan kepada Senat mengenai apa-apa perkara yang berkaitan
dengan mutu atau perjalanan suatu peperiksaan.
24. Pemeriksa luar
(1) Pemeriksa luar hendaklah dilantik bagi program pengajian Ijazah seperti berikut:
(a) Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan.
(i) Sekurang-kurangnya dua orang pemeriksa luar hendaklah dilantik
oleh Senat untuk memeriksa tesis calon. Sekiranya tiada guru
Universiti yang sesuai boleh dilantik sebagai pemeriksa dalam,
seorang lagi pemeriksa luar boleh dilantik untuk menjalankan
kewajipan pemeriksa dalam.
(ii) Pemeriksa luar biasanya dilantik daripada kalangan ahli akademik
luar Universiti yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai
kepakaran dalam bidang penyelidikan tesis calon. Dalam keadaan
tertentu pakar dalam bidang berkenaan dari luar Universiti yang tidak
terdiri dari kalangan ahli akademik boleh dilantik sebagai pemeriksa
luar.
(iii) Pemeriksa luar yang dilantik hendaklah tidak mempunyai tali
persaudaraan rapat dengan calon.
(iv) Profesor Emeritus atau Profesor Adjung Universiti tidak boleh dilantik
sebagai pemeriksa luar.
(v) Tertakluk kepada subperenggan (ii), bekas guru sepenuh masa
Universiti boleh dilantik sebagai pemeriksa luar dengan syarat beliau
telah meninggalkan perkhidmatan Universiti untuk tempoh tidak
kurang lima tahun dari tarikh pelantikan beliau sebagai pemeriksa
luar.
(vi) Siswazah Universiti yang merupakan bekas pelajar kepada penyelia
calon boleh dilantik sebagai pemeriksa luar dengan syarat beliau
58