Page 62 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 62

dicapai,  seorang  pemeriksa  tambahan  boleh  dilantik  bagi  membantu
                                 Jawatankuasa Pemeriksa membuat keputusan.

                   (2)    Pembetulan dan peperiksaan semula tesis hendaklah seperti berikut:

                          (a)    Calon  yang  dikehendaki  membuat  pembetulan  menurut  peruntukan
                                 subperenggan (1)(e)(ii) di atas hendaklah menyerahkan tesisnya sebelum
                                 tamat  tempoh  yang  ditetapkan  untuk  membuat  pembetulan  tersebut.
                                 Sekiranya calon gagal berbuat demikian, beliau akan dianggap telah gagal
                                 dalam peperiksaan tesisnya melainkan dalam keadaan yang tertentu suatu
                                 tempoh  lanjutan  yang  tidak  melebihi  sembilan  puluh  hari  hari  kepada
                                 tempoh yang ditetapkan itu telah diluluskan oleh Dekan Fakulti.

                          (b)    Calon  yang  dikehendaki  menjalani  kajian  lanjut  menurut  peruntukan
                                 subperenggan (1)(e)(iii) di atas hendaklah menyerahkan tesisnya sebelum
                                 tamat  tempoh  yang  ditetapkan  untuk  menjalani  kajian  lanjut  tersebut.
                                 Sekiranya calon gagal berbuat demikian, beliau akan dianggap telah gagal
                                 dalam  peperiksaan  tesisnya  melainkan  suatu  tempoh  lanjutan  kepada
                                 tempoh  yang  ditetapkan  itu  telah  diluluskan  oleh  Senat  atas  perakuan
                                 Jawatankuasa  Pemeriksa.  Bagi  maksud  perenggan  ini,  tempoh  yang
                                 ditentukan akan bermula sehari selepas tamat tempoh kajian lanjut yang
                                 ditetapkan.

                          (c)    Tesis yang telah diserahkan untuk peperiksaan semula hendaklah dihantar
                                 kepada  semua  pemeriksa  yang  berkenaan  untuk  diperiksa  semula  dan
                                 suatu  laporan  baru  hendaklah  disediakan  oleh  setiap  pemeriksa  dan
                                 diserahkan kepada Jawatankuasa Pemeriksa untuk dipertimbangkan.

                          (d)    Jawatankuasa  Pemeriksa  berkenaan  hendaklah  selepas  menimbang
                                 laporan pemeriksa, tesis calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutus
                                 dan  memperakukan  sama  ada  tesis  calon  dianugerahkan  Lulus  atau
                                 Gagal.  Sekiranya  tesis  tidak  mencapai  merit  yang  mencukupi  untuk
                                 dianugerahkan  ijazah  Doktor  Falsafah,  Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh
                                 memperakukan  calon  dianugerahkan  Ijazah  Sarjana  dalam  bidang  yang
                                 berkaitan selepas berpuashati bahawa tesis calon tersebut telah mencapai
                                 merit yang mencukupi untuk dianugerahkan ijazah Sarjana.

                          (e)    Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (1)(b)(iii) dan (1)(e)(iii) di atas
                                 tiada  calon  dibenarkan  untuk  menyerahkan  tesisnya  untuk  peperiksaan
                                 semula lebih daripada sekali.

                          (f)    Calon yang dikehendaki menyerahkan tesisnya untuk peperiksaan semula
                                 hendaklah  meneruskan  pendaftarannya  sebagai  calon  dan  membayar
                                 yuran pendaftaran berkenaan.

            28.    Penilaian peperiksaan program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

                 (1)      Kaedah penilaian komponen kursus hendaklah seperti berikut:


                                                                                                 62
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67