Page 57 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 57
melaporkan kepada Senat apa-apa perkara yang berkaitan dengan mutu atau
perjalanan sesuatu peperiksaan.
23. Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
(1) Jawatankuasa Pemeriksa yang berasingan adalah diperlukan bagi komponen
kursus dan komponen penyelidikan.
(2) Jawatankuasa Pemeriksa untuk komponen penyelidikan hendaklah sepertimana
yang diperuntukkan di dalam subperaturan 22(1) di atas.
(3) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa untuk komponen kursus hendaklah terdiri
daripada berikut yang diluluskan oleh Senat:
(a) Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;
(b) Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab bagi urusan program pascasiswazah di Fakulti di mana
Timbalan Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi
Fakulti;
(c) Seorang profesor yang dilantik oleh Fakulti;
(d) Ketua Jabatan atau Penyelaras Program atau Pengerusi Bahagian yang
berkenaan;
(e) Penyelaras bidang berkenaan yang bertanggungjawab untuk mana-mana
kursus atau rancangan pengajian yang bukan dalam jabatan/Fakulti.
(f) Pemeriksa luar berkenaan; dan
(g) Mana-mana pemeriksa yang terdiri daripada guru sepenuh masa atau
orang lain yang dilantik oleh Fakulti
(4) Korum untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa bagi komponen kursus adalah
terdiri daripada Pengerusi dan satu pertiga daripada keahlian Jawatankuasa
Pemeriksa.
(5) Guru separuh masa Universiti boleh dijemput menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa.
(6) Ahli Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh menurun kuasa kepada mana-mana
orang lain yang bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa untuk mewakili beliau dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa.
(7) Pendaftar atau wakilnya akan menjadi setiausaha dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa.
(8) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik mana-mana guru
sepenuh masa Universiti sebagai ahli sesuatu Jawatankuasa Pemeriksa dengan
57