Page 59 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 59

telah menamatkan pengajian di Universiti dalam tempoh tidak kurang
                                     lima tahun dari tarikh pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.

                               (vii)  Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Naib  Canselor  boleh  melantik
                                     pemeriksa luar untuk memeriksa tesis calon dengan syarat pelantikan
                                     tersebut itu hendaklah dilaporkan oleh Fakulti kepada Senat dengan
                                     secepat mungkin.

                               (viii)  Pemeriksa luar yang dilantik untuk memeriksa tesis  calon hendaklah
                                     menyerahkan  laporannya  dalam  format  yang  ditetapkan  dengan
                                     seberapa  segera  yang  boleh  tetapi  tidak  melebihi  dua  bulan  dari
                                     tarikh  tesis  dihantar  kepada  beliau.  Fakulti  boleh  memperakukan
                                     kepada  Senat  bagi  menggantikan    pemeriksa  luar  yang  tidak
                                     menjalankan  kewajipan  beliau  dengan  memuaskan  dengan
                                     pemeriksa luar yang lain.

                          (b)   Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan.

                               (i)   Bagi  komponen  penyelidikan,  pelantikan  pemeriksa  luar  hendaklah
                                     sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan (a).

                               (ii)   Bagi komponen kursus, sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar
                                     hendaklah dilantik oleh Fakulti.

                               (iii)   Pemeriksa luar hendaklah sejauh mana yang boleh dilantik daripada
                                     kalangan  ahli  akademik  luar  Universiti  yang  berkelayakan,
                                     berpengalaman  dan  mempunyai  kepakaran  berkaitan  dengan
                                     program pengajian Ijazah.

                               (iv)   Profesor Emeritus atau Profesor Adjung Universiti tidak boleh dilantik
                                     sebagai pemeriksa luar.

                               (v)   Pemeriksa luar yang dilantik untuk komponen kursus hendaklah—

                                     (A)   memeriksa dan menilai kertas soalan peperiksaan dan kertas
                                           jawapan peperiksaan dan melaporkan ulasan/perakuan beliau
                                           kepada Dekan Fakulti;

                                     (B)   di mana  disyaratkan  dalam  surat  pelantikan, melawat  Fakulti
                                           untuk suatu tempoh yang akan ditetapkan oleh Dekan Fakulti
                                           untuk  bertemu  dengan  guru  dan  calon  di  Fakulti,  mengkaji
                                           kemudahan pengajaran dan penyelidikan Fakulti, menilai mutu
                                           peperiksaan, menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa
                                           dan jika perlu, menjalankan seminar untuk guru dan calon di
                                           Fakulti; dan

                                     (C)   mengkaji  dan  menilai  secara  am,  struktur  dan  kurikulum
                                           program  pengajian  Ijazah  dan  memberi  laporannya  kepada
                                           Naib Canselor dan Dekan Fakulti.



                                                                                                 59
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64