Page 63 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 63
(a) Kaedah penilaian kursus bergantung kepada hasil pembelajaran dan
kandungan kursus. Nisbah sumbangan atau pemberatan kaedah penilaian
dalam jumlah markah akhir kursus akan ditentukan oleh Fakulti dan
hendaklah diluluskan oleh Senat.
(b) Kehadiran dalam kelas
(i) Calon diwajibkan menghadiri semua kelas. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap pensyarah untuk memaklumkan kepada
calon tentang akibat ketidakhadiran kelas. Adalah menjadi
tanggungjawab calon untuk memastikan bahawa pensyarah
diberitahu awal tentang ketidakhadirannya. Pensyarah dikehendaki
menyimpan rekod kehadiran kelas dan melaporkan tentang
ketidakhadiran yang melebihi dua puluh peratus kepada Pejabat
Dekan Fakulti.
(ii) Mana-mana calon dengan kehadiran kelas kurang daripada lapan
puluh peratus untuk sesuatu kursus dalam suatu semester tanpa
sebab munasabah yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran pensyarah berkenaan akan dihalang daripada
mengambil peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan dalam sesuatu
semester oleh Dekan Fakulti. Apabila calon dihalang daripada
mengambil peperiksaan akhir sesuatu kursus pada sesuatu
semester ia hendaklah diberitahu secara bertulis oleh Dekan Fakulti
selewat-lewatnya satu minggu sebelum peperiksaan semester
berkenaan bermula.
(iii) Mana-mana calon yang dihalang daripada mengambil peperiksaan
akhir untuk sesuatu kursus dalam sesuatu semester akan diberi
markah sifar untuk peperiksaan akhir kursus itu.
(c) Skim pemarkahan
(i) Penilaian peperiksaan untuk komponen kursus hendaklah
berdasarkan skim pemarkahan seperti berikut:
Markah Gred Mata Gred Maksud
80-100 A 4.0 Cemerlang
75-79 A- 3.7
70-74 B+ 3.3 Lulus
65-69 B 3.0
63