Page 64 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 64
60-64 B- 2.7 Lulus Bersyarat
55-59 C+ 2.3
50-54 C 2.0
45-49 C- 1.7 Gagal
40-44 D+ 1.5
35-59 D 1.0
<35 F 0
(ii) Bagi maksud perenggan ini, Lulus Bersyarat bermakna lulus dalam
kursus berkenaan jika PNGK adalah 3.0 atau lebih pada semester
kursus tersebut diambil.
(iii) Gred I, diberi apabila—
(A) calon tidak mengambil peperiksaan akhir bagi mana-mana
kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan
(sakit) atau perikemanusiaan (simpati) dan gred itu
diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan;
atau
(B) sebahagian daripada keperluan kursus masih belum
disempurnakan atas alasan di luar kawalan calon yang
boleh diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.
(iv) Dalam keadaan (A), calon dibenarkan menduduki peperiksaan bagi
kursus berkenaan tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus
tersebut. Manakala dalam keadaan (B), calon dibenarkan
menyempurnakan sebahagian keperluan kursus berkenaan pada
kesempatan pertama dalam semester berikutnya.
(v) Dalam kedua-dua keadaan (A) dan (B), calon hendaklah mendaftar
untuk mengikuti kursus berkenaan apabila ditawarkan dalam
semester berikut yang terdekat. Yuran tidak akan dikenakan untuk
pendaftaran kursus berkenaan dan jam kredit kursus berkenaan
tidak akan diambilkira dalam bilangan jam kredit yang boleh
didaftarkan dalam sesuatu semester.
(vi) Calon akan diberikan markah sifar untuk peperiksaan akhir atau
untuk sebahagian daripada keperluan kursus berkenaan
sekiranya—
(A) ia tidak mendaftar dan mengambil peperiksaan akhir
kursus berkenaan apabila kursus tersebut ditawarkan
dalam semester berikut yang terdekat; atau
64