Page 69 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 69

30.    Pengurusan markah dan gred

                   (1)    Selepas  peperiksaan  akhir  untuk  sesuatu  kursus  pada  akhir  setiap  semester,
                          pemeriksa  hendaklah  menyerahkan  markah  dan  gred  kursus  kepada  Dekan
                          Fakulti  atau  Ketua  Jabatan  di  mana  calon  mendaftar  program  pengajiannya,
                          mengikut  mana  yang  berkenaan,  yang  hendaklah  menyemak  dan  memutuskan
                          sama  ada markah  dan  gred itu  perlu  dinilai  semula. Markah  dan  gred  asal  dan
                          markah  dan  gred  jika  berkenaan,  daripada  hasilan  penilaian  semula  hendaklah
                          dibincang di peringkat jabatan untuk mencapai markah dan gred muktamad yang
                          kemudiannya  hendaklah  dilaporkan  kepada  Jawatankuasa  Pemeriksa  melalui
                          Dekan Fakulti. Markah dan gred muktamad adalah sepertimana yang diluluskan
                          oleh Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (2)    Gred  akhir  sesuatu  kursus  selepas  peperiksaan  akhir  pada  penghujung  setiap
                          semester hendaklah dipaparkan oleh pemeriksa di papan kenyataan Fakulti.

                   (3)    Institut  Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  mana-mana  pusat  lain  sepertimana
                          yang ditetapkan oleh Universiti adalah bertanggungjawab untuk menyimpan rekod
                          rasmi calon dan mengeluarkan kepada setiap calon—

                          (a)    keputusan peperiksaan untuk program pengajiannya; dan

                          (b)    rekod akademiknya selepas penamatan program pengajiannya.


            31.    Kemasukan sebagai calon peperiksaan

                   Calon  tidak  dibenarkan mengambil  sesuatu  peperiksaan  dalam manamana  kursus  atau
                   menyerahkan tesis untuk peperiksaan kecuali—

                   (a)    ia  telah  mendaftar  sebagai  calon  untuk  kursus  atau  kursus-kursus  yang
                          ditetapkan untuk program pengajian Ijazah semasa mengambil peperiksaan atau
                          telah  mendaftar  sebagai  calon  untuk  program  pengajian  Ijazah  semasa
                          menyerahkan tesis untuk peperiksaan, mengikut yang mana berkenaan;

                   (b)    ia telah membayar yuran yang ditetapkan; dan

                   (c)    yang  mana  perlu,  Dekan  Fakulti  telah  mengesahkan  bahawa  calon  telah
                          mengikuti  kursus  atau  kursus-kursus  berkenaan  yang  disyaratkan  dengan
                          memuaskan.

            32.    Penarikan diri dari peperiksaan

                   (1)    Calon  yang  ingin  menarik  diri  dari  peperiksaan  mana-mana  kursus  yang  beliau
                          telah  mendaftar  dalam  sesuatu  semester  hendaklah  memberi  notis  bertulis
                          kepada  Dekan  Fakulti  selewat-lewatnya  dua  minggu  sebelum  mulanya  tempoh
                          peperiksaan  yang  dijadualkan  dalam  sesuatu  semester  dengan  memberi
                          sebab-sebab untuk penarikan diri itu.


                                                                                                 69
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74