Page 70 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 70
(2) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari peperiksaan sesuatu kursus apabila
tempoh peperiksaan yang ditetapkan pada semester berkenaan telah bermula
kecuali dibenarkan oleh Dekan Fakulti atas alasan luar biasa yang disokong
dengan bukti dokumentasi.
(3) Calon tidak boleh menarik diri daripada sesuatu pemeriksaan tesis apabila tesis
telah diserahkan untuk peperiksaan.
(4) Apabila calon telah menarik diri daripada peperiksaan semua kursus yang beliau
telah mendaftar dalam sesuatu semester, semester itu hendaklah dikira sebagai
sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonannya. Senat atas perakuan
Fakulti boleh meluluskan, atas alasan luar biasa yang dikemukakan oleh calon,
bahawa semester berkenaan tidak dikira sebagai sebahagian daripada tempoh
maksimum pencalonan calon itu.
33. Ketidakhadiran dalam peperiksaan
(1) Calon yang telah mendaftar dan mengikuti sesuatu kursus hendaklah mengambil
peperiksaan yang ditetapkan untuk kursus itu selagi dia tidak menarik diri atau
dihalang daripada peperiksaan berkenaan.
(2) Calon yang tidak mengambil sepenuh atau sebahagian sesuatu kursus hendaklah
memberitahu Dekan Fakulti secara bertulis dengan memberi sebab mengenai
ketidakhadirannya. Surat itu hendaklah dihantar dalam tempoh tujuh hari dari
tarikh peperiksaan untuk kursus berkenaan dan hendaklah disertakan bersama
dengan—
(a) laporan perubatan daripada pegawai perubatan berdaftar sekiranya
ketidakhadiran dari peperiksaan kursus itu adalah atas alasan perubatan;
atau
(b) laporan daripada pegawai daerah atau pegawai polis atau pegawai
kerajaan berkenaan sekiranya ketidakhadiran peperiksaan untuk kursus
berkenaan adalah atas alasan perikemanusiaan.
(3) Surat calon bersama dengan laporan sepertimana yang dinyatakan dalam
subperaturan (2) di atas hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa dan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah mengesyorkan sama ada
calon harus diberi Gred I atau Gred F atau peperiksaan khas bagi kursus
berkenaan.
(4) Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh dalam apa jua keadaan, menimbang
apa-apa permintaan calon yang telah tidak menduduki peperiksaan untuk sesuatu
kursus apabila Jawatankuasa Pemeriksa telah bermesyuarat untuk menentukan
keputusan peperiksaan bagi kursus itu.
(5) Calon yang jatuh sakit semasa menduduki peperiksaan hendaklah melaporkan
kepada ketua pengawas atau mana-mana pengawas yang hendaklah mengurus
supaya calon itu diperiksa dengan serta-merta oleh Doktor Kesihatan Pelajar
Universiti atau Pusat Perubatan Universiti Malaya atau Hospital Kerajaan. Laporan
doktor serta laporan ketua pengawas atau pengawas mengenai kejadian tersebut,
70