Page 72 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 72

didudukinya,  di  atas  tangannya  atau  di  atas  mana-mana  bahagian  lain
                                tubuh badannya atau di atas pakaiannya;

                         (c)    berhubung  dengan  mana-mana  calon  lain  semasa  sesuatu  peperiksaan
                                melalui apa jua cara; atau

                         (d)    menipu  atau  cuba  menipu  atau  berkelakuan  mengikut  cara  yang  boleh
                                ditafsirkan sebagai menipu atau cuba menipu dalam sesuatu peperiksaan
                                semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.

                   (6)   Calon  tidak  dibenarkan  merokok  dalam  mana-mana  bilik  peperiksaan  semasa
                         peperiksaan sedang berjalan.

                   (7)   Ketua pengawas dan pengawas hendaklah dilantik daripada guru sepenuh masa
                         dalam bilangan dan bagi tempoh peperiksaan yang perlu oleh Naib Canselor atau
                         pegawai yang diberi kuasa oleh Naib Canselor. Guru sepenuh masa yang dilantik
                         sebagai  ketua  pengawas  atau  pengawas  hendaklah  menjalankan  tugas-tugas
                         pengawasan sepertimana yang ditetapkan.

                          (a)    Ketua  pengawas  atau  pengawas  hendaklah  melaporkan  kepada  Naib
                                 Canselor,  jika  pada  pandangan  ketua  pengawas  atau  pengawas,  timbul
                                 kejadian semasa peperiksaan yang—

                                 (i)   memerlukan pembatalan atau penangguhan peperiksaan itu;

                                 (ii)   menjadikan peperiksaan itu dijalankan secara tidak betul; atau

                                 (iii)   menjadikan peperiksaan itu tidak adil kepada mana-mana calon.

                          (b)    Di  mana  sesuatu  kejadian  sepertimana  yang  dinyatakan  dalam
                                 subperenggan  (i)  telah  dilaporkan  kepada  Naib  Canselor,  Naib  Canselor
                                 boleh  mengambil  apa-apa  tindakan  yang  difikirkan  wajar  termasuk
                                 mengarahkan  supaya  satu  peperiksaan  baru  diadakan  bagi  kursus
                                 berkenaan  dan  di  mana  perlu,  melaporkan  keputusan  beliau  kepada
                                 Senat.

                   (8)    Di  mana  Naib  Canselor  mempunyai  sebab  mempercayai  bahawa  kandungan
                          untuk  mana-mana  kertas  peperiksaan  atau  mana-mana  maklumat  bersabit
                          dengan sesuatu peperiksaan atau kerja yang dijalankan bersabit dengan sesuatu
                          peperiksaan mungkin telah diketahui sebelum tarikh dan waktu peperiksaan oleh
                          mana-mana orang selain daripada pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa atau
                          mana-mana  orang  yang  diberi  kuasa  oleh  Pendaftar,  ia  boleh  mengarahkan
                          penggantungan atau pembatalan kertas peperiksaan atau peperiksaan berkenaan
                          dan menggantikannya dengan kertas peperiksaan atau peperiksaan baru.

                   (9)    Calon  yang  didapati  memplagiat  tugasan  atau  sebarang  kerja  bertulisnya  yang
                          merupakan  sebahagian  daripada  penilaian  kursus,  boleh  diambil  tindakan  di
                          bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.




                                                                                                 72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77