Page 71 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 71

hendaklah  dikemukakan  kepada  Dekan  Fakulti  dengan  seberapa  segera  tetapi
                         tidak lewat dari tujuh hari dari tarikh kertas peperiksaan berkenaan.

                   (6)   Calon  yang  tidak  mengambil  sepenuh  atau  sebahagian  peperiksaan  sesuatu
                         kursus  yang  didaftar  tanpa  sebab  yang  boleh  diterima  oleh  Jawatankuasa
                         Pemeriksa akan diberi markah sifar bagi sepenuh atau sebahagian kursus itu.

                   (7)   Di mana calon dikehendaki oleh pemeriksa atau Dekan Fakulti untuk menyerahkan
                         tugasan atau sebarang kerja bertulis bagi sesuatu kursus dalam satu tempoh yang
                         ditetapkan dan calon gagal berbuat demikian, beliau dianggap sebagai telah gagal
                         dalam  tugasan  atau  kerja  bertulis  itu  melainkan  pemeriksa  atau  Dekan  Fakulti
                         membenarkan tempoh lanjutan untuk penyerahan tugasan atau kerja bertulis itu.

            34.    Pengendalian peperiksaan

                   (1)    Calon  tidak  dibenarkan  menghadir  diri  untuk  peperiksaan  sesuatu  kursus  lewat
                          dari  tiga  puluh  minit  selepas  mulanya  peperiksaan  bagi  kursus  itu.  Dalam
                          keadaan tertentu ketua pengawas boleh membenarkan calon yang datang lewat
                          selepas tiga puluh minit untuk menduduki peperiksaan bagi kursusnya sekiranya
                          ketua  pengawas  berpuashati  dengan  alasan  dan  bukti  yang    dikemukakan  oleh
                          calon berkenaan. Alasan yang diberi oleh calon hendaklah dicatatkan oleh ketua
                          pengawas  dalam  laporan    peperiksaannya  dan  hendaklah  dibentangkan
                          bersama-sama  dengan  bukti  yang  dikemukakan  oleh  calon  dalam  mesyuarat
                          Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (2)    Calon  yang  lewat  menghadirkan  diri  untuk  peperiksaan  sesuatu  kursus  yang
                          dibenarkan menduduki peperiksaan di bawah subperaturan (1) tidak akan diberi
                          masa tambahan untuk peperiksaan itu.

                   (3)    Calon  tidak  dibenarkan  meninggal  bilik  peperiksaan  sehingga  tiga  puluh  minit
                          selepas  bermulanya  sesuatu  peperiksaan  atau  lima  belas  minit  sebelum  waktu
                          tamat sesuatu peperiksaan.

                   (4)    Calon yang dibenarkan oleh ketua pengawas atau pengawas untuk meninggalkan
                          bilik  peperiksaan  atas  alasan  tertentu  hendaklah  diawasi  dari  masa  beliau
                          meninggalkan  bilik  peperiksaan  sehingga  beliau  masuk  semula  ke  bilik
                          peperiksaan.

                   (5)    Calon tidak boleh—

                         (a)    mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain
                                kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau keluar dari bilik
                                peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar
                                atau  benda  lain  daripada  mana-mana  orang  lain  semasa  dalam  bilik
                                peperiksaan,  kecuali  calon  boleh  semasa  di  dalam  bilik  peperiksaan,
                                menerima  daripada  pengawas  peperiksaan  apa-apa  buku,  kertas  kerja,
                                dokumen,  gambar  atau  benda  lain  yang  telah  disyorkan  oleh  pemeriksa
                                atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;

                         (b)    menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau
                                gambar  rajah  yang  mungkin  berkaitan  dengan  peperiksaan  yang

                                                                                                 71
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76