Page 75 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 75
(3) Rayuan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari
Institut Pengajian Siswazah Universiti atau pusat lain sepertimana yang
ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti berkenaan. Borang yang telah diisi
hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti bersama dengan salinan resit
yang menunjukkan bayaran untuk rayuan itu telah dibuat.
(4) Borang rayuan tidak akan diterima sekiranya ia—
(a) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di dalam subperaturan (1);
(b) tidak lengkap; atau
(c) dikemukakan tanpa resit bayaran.
40. Rayuan untuk meneruskan pengajian
(1) Calon yang luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonannya,
boleh mengemukakan rayuan untuk meneruskan pengajiannya. Rayuan
hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut
Pengajian Siswazah Universiti atau pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh
Universiti atau Fakulti.
(2) Kelulusan untuk mengaktifkan pencalonan hanya boleh diberi sekiranya tempoh
peluputan pencalonannya tidak melebihi dua semester pada satu-satu masa,
tertakluk kepada baki tempoh pencalonan yang masih ada. Calon yang rayuannya
diluluskan perlu membayar denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh Universiti.
(3) Calon yang menghampiri tempoh maksimum pencalonan tetapi masih
memerlukan masa untuk menyiapkan tesis boleh mengemukakan rayuan untuk
melanjutkan tempoh maksimum pencalonannya. Rayuan tersebut perlu dibuat
pada semester terakhir sebelum pencalonan tamat dan hendaklah dibuat dalam
borang yang ditetapkan yang boleh didapati dari Institut Pengajian Siswazah
Universiti atau pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh universiti atau Fakulti.
(4) Pelanjutan tempoh maksimum pencalonan boleh diberi untuk satu semester
sahaja pada satu-satu masa. Walau apapun peruntukan subperaturan ini, tempoh
pelanjutan maksimum yang boleh diluluskan untuk seseorang calon hendaklah
tidak melebihi dua semester.
(5) Calon yang telah gagal peperiksaan tesisnya dan tidak berpuashati dengan
keputusan tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada
Timbalan Naib Canselor yang berkenaan dalam tempoh enam bulan dari tarikh
surat pemberitahuan keputusan peperiksaannya.
(6) Rayuan calon akan dikaji oleh Timbalan Naib Canselor yang berkenaan bersama
Dekan Institut Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang
ditetapkan oleh Universiti. Sekiranya rayuan calon tidak wajar dipertimbangkan,
calon akan dimaklumkan bahawa rayuannya tidak diluluskan. Sekiranya rayuan
calon wajar dipertimbangkan, Timbalan Naib Canselor akan mengemukakan
rayuan tersebut kepada Senat untuk dipertimbangkan sama ada—
75