Page 73 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 73
35. Keputusan peperiksaan
(1) Laporan Jawatankuasa Pemeriksa untuk mana-mana peperiksaan akhir yang
melayakkan calon berkenaan bagi penganugerahan Ijazah hendaklah dibentang
kepada Senat untuk kelulusan.
(2) Nombor pendaftaran dan identiti calon berkenaan bagi sesuatu kursus tidak boleh
diberitahu kepada pemeriksa kecuali dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa
yang diadakan untuk menentukan keputusan peperiksaan bagi calon berkenaan.
(3) Markah peperiksaan yang diberi kepada calon untuk mana-mana kursus,
prosedur dan perjalanan mesyuarat serta laporan Jawatankuasa Pemeriksa
hendaklah rahsia dan tidak boleh diberitahu kepada sesiapa yang bukan ahli
Jawatankuasa Pemeriksa atau Senat.
(4) Walau apapun dinyatakan dalam subperaturan (2), pemeriksa sesuatu kursus
boleh memberitahu kepada calon berkenaan gred bagi kursus individu sebelum
mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat gred yang dimaklumkan
sedemikian hendaklah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pemeriksa
dan kelulusan Senat. Keputusan peperiksaan boleh diumumkan kepada calon
selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat apa-apa keputusan
yang diumumkan adalah tertakluk kepada kelulusan Senat.
BAHAGIAN IX
PENGIJAZAHAN
36. Program pengajian secara Penyelidikan
Calon hendaklah memenuhi keperluan-keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi
program pengajian secara penyelidikan:
(a) Mencapai tahap lulus dalam peperiksaan tesisnya;
(b) Lulus peperiksaan viva;
(c) Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti di mana calon
mengikuti program pengajiannya; dan
(d) Memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan.
37. Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
Calon perlu memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program
pengajian secara Kursus dan Penyelidikan:
(a) Memenuhi keperluan komponen kursus, iaitu—
(i) mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas;
73