Page 68 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 68

mencapai  PNGK  3.0  dan  ke  atas  pada  semester  berikut;
                                              dan

                                       (B)    hendaklah  mengulangi  mana-mana  kursus  pada  semester
                                              berikut  bagi  mempertingkatkan  PNGKnya  kepada  3.0  dan
                                              ke  atas  tertakluk  kepada  had  tempoh  maksimum
                                              pencalonannya.

                                 (vi)   Tertakluk  kepada  peruntukan  subperenggan  (iv),  calon  yang
                                       memperolehi PNG kurang daripada keperluan minimum PNG yang
                                       ditetapkan  bagi  program  pengajiannya  akan  diletakkan  dalam
                                       Tempoh Pemerhatian Akademik pada semester biasa yang berikut.
                                       Tempoh  itu  akan  terus  kekal  dan  hendaklah  tamat  apabila  calon
                                       telah  mencapai  keperluan  minimum  PNG  yang  ditetapkan  pada
                                       semester  biasa  yang  berikut.  Mana-mana  calon  yang  diletakkan
                                       dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik  lebih  dari  dua  semester
                                       biasa   berturut-turut   akan   ditamatkan   daripada   program
                                       pengajiannya.

                                 (vii)  Calon  yang  memperolehi  PNG  atau  PNGK  kurang  daripada  2.0
                                       dalam dua semester biasa berturut-turut akan ditamatkan daripada
                                       program pengajiannya.

                                 (viii)  Bagi  maksud  subperenggan  (vi)  dan  (vii),  hanya  semester  biasa
                                       yang calon telah mendaftar, mengikuti dan mengambil peperiksaan
                                       bagi kursus berkenaan akan diambilkira.

                                 (ix)   Apabila  calon  diletakkan  dalam  Tempoh  Pemerhatian  Akademik
                                       dalam  sesuatu  semester,  Dekan  Fakulti  hendaklah  memberikan
                                       amaran  kepada  calon  dan  memaklumkannya  mengenai  status
                                       kemajuannya.  Amaran  itu  hendaklah  mengandungi  pernyataan
                                       yang  jelas  tentang  apa  yang  dianggap  sebagai  “kemajuan  yang
                                       memuaskan”  dan  apa  yang  calon  perlu  lakukan  untuk
                                       mencapainya.

                                 (x)   Apabila  calon  ditamatkan  daripada  program  pengajiannya,  notis
                                       penamatan hendaklah dihantar kepada calon oleh Dekan Fakulti di
                                       mana calon telah mendaftar program pengajiannya.

                   (2)    Kaedah penilaian komponen penyelidikan bagi program pengajian Ijazah secara
                          Kursus  dan  Penyelidikan  hendaklah  sepertimana  yang  ditetapkan  di  bawah
                          kaedah penilaian bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan.

            29.    Peperiksaan khas

                   Dalam  keadaan  tertentu,  Senat  boleh  atas  perakuan  Fakulti  berkenaan,  meluluskan
                   peperiksaan  khas  bagi  calon  yang  tidak  dapat  menduduki  peperiksaan  untuk  sesuatu
                   kursus atas alasan luar biasa. Calon yang diluluskan untuk menduduki peperiksaan khas
                   bagi  sesuatu  kursus  hendaklah  mengambil  peperiksaan  itu  sebelum  minggu  kedua
                   semester yang berikut.

                                                                                                 68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73