Page 67 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 67
kurangnya Gred B bagi kursus berkenaan. Kursus-kursus dengan
Gred I dan P akan diberi nilai jam kredit apabila gred akhir
melainkan Gred C-, D+, D, F atau U bagi kursus itu diperolehi pada
semester yang berikut.
(vii) Di mana calon telah mengulang sesuatu kursus, markah dan gred
yang diambilkira dalam penentuan PNGK hendaklah markah dan
gred terbaik yang dicapainya.
(viii) Mana-mana calon yang telah didapati bersalah di bawah Kaedah 6
atau Kaedah 8 dalam Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib
Pelajar-Pelajar) 1999 dan dikenakan hukuman di bawah Kaedah-
Kaedah tersebut akan diberikan markah sifar bagi skrip jawapan
berkenaan melainkan Senat memutuskan sebaliknya.
(e) Keperluan minimum pengajian
(i) Untuk memenuhi keperluan minimum pengajian di Universiti, calon
hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 3.0
pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya.
(ii) Fakulti hendaklah menentukan sebelum semester pertama pada
setiap sesi akademik dan memberitahu awal kepada calon, kursus-
kursus yang ia disyaratkan untuk lulus pada gred-gred minimum
yang tertentu.
(iii) Bagi kursus yang disyaratkan untuk lulus pada gred-gred minimum
yang tertentu, calon hendaklah mengulang mana-mana kursus
dengan gred yang kurang daripada gred minimum supaya calon
dapat mencapai gred minimum yang ditetapkan dalam tempoh
maksimum pencalonannya. Calon yang mencapai gred kurang
daripada gred lulus minimum yang diperlukan selepas tiga kali
percubaan bagi sesuatu kursus yang disyaratkan, akan ditamatkan
daripada program pengajiannya.
(iv) Tertakluk kepada peruntukan subperenggan (ii) dan (iii) dan had
tempoh maksimum pencalonannya, calon yang memperolehi
PNGK 3.0 dan ke atas dalam suatu semester—
(A) boleh mengekalkan Gred B-, C+ atau C yang telah dicapai
olehnya untuk mana-mana kursus; atau
(B) mengulang untuk mempertingkatkan Gred yang telah
dicapai dalam mana-mana kursus.
(v) Calon yang memperolehi PNGK kurang daripada 3.0 dalam suatu
semester—
(A) tidak boleh mengekalkan Gred B-, C+ atau C yang telah
dicapai dalam mana-mana kursus sehingga calon telah
67