Page 66 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 66
(d) Penentuan prestasi akademik
(i) Prestasi akademik calon dalam sesuatu semester ditunjukkan oleh
PNG dan PNGK. PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah
mata gred yang diperolehi dengan jumlah jam kredit yang diambil
dalam sesuatu semester. Berikut adalah contoh bagaimana PNG
ditentukan:
Kursus Gred Mata Jam Jam Kredit
Gred Kredit x
Mata Gred
K1 A 4.0 4 4x4.0=16.0
K2 C+ 2.3 3 3x2.3= 6.9
K3 F 0.0 3 3x0.0= 0.0
K4 C 2.0 3 3x2.0= 6.0
____ _____
Jumlah 13 28.9
____ _____
PNG = 28.9
13
= 2.22
PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang
diperolehi dengan jumlah jam kredit yang telah diambil mulai
semester pertama sehingga semester terkini.
(ii) Mata gred dan jam kredit yang diperolehi bagi kursus-kursus yang
didaftar dalam sesuatu semester hendaklah dimasukkan ke dalam
pengiraan PNG dan PNGK untuk semester itu.
(iii) Jam kredit bagi sesuatu kursus dengan Gred C-, D+, D atau F akan
dimasukkan dalam pengiraan PNG dan PNGK semester
berkenaan. Kursus dengan gred ini tidak akan diberikan sebarang
nilai jam kredit. gred UW akan ditukarkan kepada Gred F pada
penghujung semester berkenaan dan diambilkira dalam penentuan
PNG dan PNGK.
(iv) Gred I atau P bagi sesuatu kursus akan diambilkira dalam
penentuan PNG dan PNGK apabila gred akhir bagi kursus itu
diperolehi pada semester berkenaan yang berikut.
(v) Gred K, R, S, U, W, W1 dan W2 tidak akan diambilkira dalam
penentuan PNG dan PNGK.
(vi) Nilai jam kredit akan diberi untuk kursus dengan Gred A, A-, B+, B,
B-, C+, C, K dan S. Tiada nilai jam kredit akan diberi untuk kursus
dengan Gred C-, D+, D, F, R, U, UW, W, W1 dan W2. Bagi kursus
yang disyaratkan lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B, nilai
jam kredit akan diberi apabila calon telah mencapai sekurang-
66