Page 65 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 65
(B) ia tidak menyempurnakan sebahagian daripada keperluan
kursus tersebut pada kesempatan pertama dalam
semester berikut, mengikut yang mana berkenaan.
(vii) Markah yang dicapai dalam peperiksaan akhir atau selepas
menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus
berkenaan seperti yang dinyatakan di atas akan ditambahkan
kepada markah bagi kursus yang diberi Gred I supaya gred
sebenar bagi kursus tersebut diperolehi.
(viii) Calon yang diberi Gred I untuk sesuatu kursus tidak dibenarkan
mengulang kursus berkenaan dalam apa-apa keadaan sekalipun
sehingga Gred I tersebut digugurkan.
(ix) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan dalam Skim
Pemarkahan dan dalam subperenggan (i) dan Gred I dalam
subperenggan (iii), gred-gred berikut juga boleh diberikan kepada
calon untuk kursus yang diikutinya:
(A) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian
kredit.
(B) Gred P, diberi bagi kursus yang dijalankan lebih daripada
satu semester.
(C) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya
dari segi memuaskan.
(D) Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi calon dinilai hanya
dari segi tidak memuaskan.
(E) Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh calon untuk
mengaudit sahaja. Jam kredit tidak akan diberi untuk gred
ini.
(F) Gred W, diberi bagi kursus di mana calon telah menarik diri
secara rasmi daripada satu atau lebih kursus dalam
sesuatu semester.
(G) Gred W1, diberi apabila calon telah menarik diri secara
rasmi daripada sesuatu semester.
(H) Gred W2, diberi apabila calon telah menarik diri secara
rasmi dari Universiti.
(I) Gred UW, diberi bagi mana-mana kursus yang calon tidak
menghadiri dan tidak menarik diri secara rasmi daripada
sesuatu semester.
65