Page 60 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 60

25.           Pemeriksa dalam

                   (1)    Tertakluk kepada perenggan (4), Fakulti hendaklah melantik—

                          (a)    guru  sepenuh  masa  atau  separuh  masa  Universiti  sebagai  pemeriksa
                                 dalam untuk komponen kursus; dan

                          (b)    guru sepenuh masa Universiti untuk memeriksa  tesis seseorang calon.

                   (2)    Pemeriksa  dalam  yang  dilantik  untuk  memeriksa  tesis  calon  hendaklah  sejauh
                          mana  yang  boleh  mempunyai  kelayakan,  pengalaman  dan  kepakaran  yang
                          berkaitan dengan bidang penyelidikan tesis calon.

                   (3)    Guru sepenuh masa Universiti tidak boleh dilantik menjadi pemeriksa dalam untuk
                          memeriksa tesis calon yang ada tali persaudaraan rapat dengannya.

                   (4)    Tutor tidak boleh dilantik sebagai pemeriksa dalam untuk memeriksa mana-mana
                          kursus  atau  tesis.  Walau  bagaimanapun,  beliau  boleh  dengan  persetujuan  dan
                          seliaan pemeriksa kursus, membantu dalam pemeriksaan sesuatu kursus.

                   (5)    Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Dekan  Fakulti  boleh  melantik    pemeriksa  dalam
                          untuk  memeriksa  mana-mana  kursus  dengan  syarat  pelantikan  demikian
                          hendaklah dilaporkan kepada Fakulti dengan secepat mungkin.

                   (6)    Pemeriksa dalam yang dilantik untuk memeriksa tesis seseorang calon hendaklah
                          menyedia  dan  menyerahkan  laporannya  dalam  format  yang  ditetapkan  dalam
                          tempoh tidak melebihi dua bulan dari tarikh tesis dihantar kepada beliau. Fakulti
                          boleh menggantikan pemeriksa dalam yang tidak menjalankan kewajipan beliau
                          dengan memuaskan dengan pemeriksa dalam yang lain.

            26.    Perunding

                   Jika seorang  perunding telah dilantik untuk membantu dalam penyeliaan  calon, Fakulti
                   boleh menghendaki perunding tersebut menyedia dan mengemukakan laporan mengenai
                   tesis.  Laporan  perunding  hendaklah  dibentangkan  dalam  mesyuarat  Jawatankuasa
                   Pemeriksa untuk peperiksaan tesis calon.

            27.    Penilaian peperiksaan program pengajian secara Penyelidikan

                   (1)    Kaedah penilaian hendaklah seperti berikut:

                          (a)    Kaedah penilaian bagi program pengajian secara Penyelidikan hendaklah
                                 melalui  pemeriksaan  sebuah  tesis  dan  peperiksaan  viva  mengenai  tesis
                                 tersebut.

                          (b)    Tesis hendaklah diperiksa, dinilai dan diperakukan oleh setiap pemeriksa
                                 sama ada—

                                 (i)   dianugerahkan Lulus atau Gagal;

                                 (ii)   dirujukkan untuk pembetulan tanpa peperiksaan semula; atau
                                                                                                 60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65