Page 55 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 55

mana-mana  urusan  dengan  yang  berikut  bagi  tempoh  yang  diperlukan  untuk
                          maksud melindungi atau memperolehi hak harta intelek—

                          (a)    tesis;

                          (b)    hasil penyelidikan yang membawa kepada tesis berkenaan; atau

                          (c)    kedua-dua yang dinyatakan di atas.

                   (14)   Selepas  tesis  telah  diperiksa  dan  keputusan  mutakhir  telah  dicapai  mengenai
                          tesis calon, calon hendaklah mengemukakan kepada Universiti—

                          (a)    tiga naskah tesis dalam bentuk percetakan yang  hendaklah dijilid dalam
                                 kulit  tebal  berwarna  merah  "rexine”  dengan  tajuk  atau  ringkasan  tajuk
                                 serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar di tulang belakang dan
                                 pada kulit hadapan; dan

                          (b)    satu salinan elektronik mengikut format yang ditetapkan.


                                                BAHAGIAN VIII
                                                PEPERIKSAAN

            20.    Bilangan dan skop peperiksaan

                   (1)    Bilangan  dan  skop  peperiksaan  yang  dibuat  di  bawah  Peraturan-Peraturan  ini
                          hendaklah sepertimana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.

                   (2)    Peperiksaan  dalam  mana-mana  kursus  dan  tesis  boleh  meliputi  ujian-ujian
                          bertulis, lisan, amali dan klinikal dalam apa jua bentuknya serta kaedah penilaian
                          lain sepertimana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.

                   (3)    Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh  atas  budibicaranya  menghendaki  calon
                          menduduki  mana-mana  peperiksaan  tambahan  yang  dianggap  perlu  untuk
                          penilaian tesisnya.

            21.    Jawatankuasa Pemeriksa

                   Satu  Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  diadakan  bagi  setiap  peperiksaan  atau
                   sebahagian daripadanya untuk program pengajian Ijazah.

            22.    Program pengajian secara Penyelidikan

                   (1)    Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada—

                          (a)   Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;

                          (b)   Seorang Wakil Senat yang dilantik oleh Senat;



                                                                                                 55
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60