Page 51 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 51

(c)    Kursus  yang  dipohon  untuk  pemindahan  kredit  hendaklah  kursus  dari
                                 program pengajian yang setaraf dengan program pengajian Ijazah.

            14.    Pengecualian kredit

                   (1)    “Pengecualian  kredit”  bermakna  pengecualian  dari  mendaftar  dan  mengikuti
                          kursus  yang  ditetapkan  untuk  program  pengajian  Ijazah  sepertimana  yang
                          diluluskan oleh Senat. Kebenaran untuk pengecualian kredit ini adalah tertakluk
                          kepada  syarat-syarat seperti berikut:

                          (a)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  telah  diambil  oleh  calon
                               sebelum diterima masuk ke program pengajian Ijazah;

                          (b)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  mempunyai  pertindihan
                               sekurang-kurangnya  tujuh  puluh  lima  peratus  dengan  kursus  yang
                               ditawarkan di Universiti;

                          (c)   Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak
                               kurang daripada B atau 3.0; dan

                          (d)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  hendaklah  kursus  dari
                               program pengajian yang setaraf dengan program pengajian ijazah.

                   (2)    Kursus yang diluluskan pengecualian kredit akan diberikan Gred  K dan jam kredit
                          tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

                   (3)    Dalam  keadaan  tertentu,  kursus  yang  tidak  diluluskan  untuk  pemindahan  kredit
                          boleh dipertimbangkan untuk pengecualian kredit tertakluk kepada  syarat-syarat
                          di subperaturan (1).

            15.    Permohonan pemindahan dan pengecualian kredit

                   (1)    Permohonan  untuk  pemindahan  atau  pengecualian  kredit  hendaklah  dibuat
                          dengan  menggunakan  borang  tertentu  yang  boleh  didapati  di  Fakulti  masing-
                          masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan
                          Fakulti tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah kedua semester biasa bersama-
                          sama dengan—

                          (a)   bayaran  yuran  proses  atas  kadar  yang  ditetapkan.  Yuran  ini  tidak  akan
                                dikembalikan;

                          (b)   silibus  dan  sistem  pemarkahan  kursus  yang  dipohon  untuk  pemindahan
                                atau pengecualian kredit; dan

                          (c)   satu salinan transkrip.

                   (2)    Jumlah maksimum jam  kredit  yang  boleh  dipindah  dan  dikecualikan tidak  boleh
                          melebihi satu pertiga jam kredit  daripada komponen kursus program pengajian
                          Ijazah.

                   (3)    Calon  akan  dimaklumkan  secara  bertulis  mengenai  keputusan  permohonan
                          pemindahan atau pengecualian kredit yang dipohon.
                                                                                                 51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56