Page 49 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 49

(e)    Sekiranya  permohonan  diluluskan,  kursus  berkenaan  (sekiranya  ada)
                                 akan dicatatkan dengan Gred W. Yuran pengajian akan tetap dikenakan.

                          (f)    Sekiranya  permohonan  tidak  diluluskan,  calon  dikehendaki  meneruskan
                                 pengajiannya bagi semester berkenaan.

                          (g)    Calon  tidak  dibenarkan  menarik  diri  dari  semester  apabila  tempoh
                                 peperiksaan semester telah bermula.

                          (h)    Tempoh  maksimum  penarikan  diri  dari  semester  bagi  calon  adalah
                                 sebanyak  empat  semester  biasa  sepanjang  tempoh  pengajiannya  yang
                                 boleh diambil secara berterusan atau  sebaliknya kecuali pada semester
                                 akhir pencalonan.

                          (i)  Melainkan atas alasan perubatan yang disokong  dengan laporan perubatan
                              daripada pegawai perubatan berdaftar, tempoh di mana calon telah menarik
                              diri  akan  diambilkira  sebagai  sebahagian  dari  tempoh  maksimum
                              pengajiannya.

                   (3)    Peruntukan  berikut  adalah  terpakai  bagi  penarikan  diri  dari  program  pengajian
                          Ijazah:

                          (a)    Permohonan  penarikan  diri  dari  program  pengajian  Ijazah  hendaklah
                                 dibuat  secara  bertulis  melalui  Dekan  Fakulti    kepada  Dekan  Institut
                                 Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana  yang
                                 ditetapkan oleh Universiti; dan

                          (b)    Sebarang  keputusan  terhadap  penarikan  diri  dari  program  pengajian
                                 Ijazah adalah muktamad.


                                                 BAHAGIAN IV
                                                  BAYARAN

            9.      Yuran dan bayaran lain

                   (1)    Calon hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang kena dibayar
                          kepada  Universiti  pada  masa  permulaan  pendaftaran  atau  pada  masa
                          memperbaharui  pencalonan  melainkan  ia  dikecualikan  daripada  mana-mana
                          yuran atau bayaran atau kedua-duanya.

                   (2)    Calon yang hendak menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain yang kena
                          dibayar  kepada  Universiti  secara  ansuran  hendaklah  membuat  permohonan
                          dengan menggunakan borang yang ditetapkan yang boleh diperolehi dari Institut
                          Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  mana-mana  pusat  lain  sepertimana  yang
                          ditetapkan oleh Universiti.

                   (3)    Calon  yang  gagal  menjelaskan  mana-mana  yuran  atau  bayaran  lain  atau
                          sebahagian  daripada  yuran  atau  bayaran  lain  yang  kena  dibayar  kepada
                                                                                                 49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54