Page 47 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 47

(a)   calon itu telah mengemukakan kepada Fakulti tesisnya untuk pemeriksaan;
                                dan

                          (b)    program  pengajian  itu  tidak  sama  dengan  program  pengajian  yang
                                didaftarnya di Universiti ini.

                   (3)    Dalam  keadaan  di  mana  Universiti  mengadakan  program  kerjasama  dengan
                          universiti  atau  institusi  lain  yang  membawa  kepada  penganugerahan  sesuatu
                          ijazah, calon boleh dibenarkan untuk pendaftaran serentak.

                   (4)    Calon dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti boleh mendaftar dan mengikuti
                          pada  mana-mana  satu  masa,  suatu  program  Iatihan  dalam  perkhidmatan  yang
                          diminta oleh majikannya jika program tersebut dijalankan bagi tempoh yang tidak
                          melebihi satu tahun.

                   (5)    Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), mana-mana calon yang didapati
                          melanggar  subperaturan  (1)  boleh  ditamatkan  pengajiannya  tanpa  pembayaran
                          balik yuran dan bayaran lain yang telah dibayar.

           7.      Kehadiran dalam program pengajian
                   (1)    Calon hendaklah menghadiri semua program latihan dan penyelidikan berkaitan
                          dengan program pengajian yang diikutinya melainkan calon berkenaan diberi cuti
                          sakit atau cuti bersalin oleh  pegawai perubatan berdaftar atau diberi kebenaran
                          untuk tidak hadir oleh Dekan Fakulti.

                   (2)    Calon  boleh  dengan  kelulusan  Fakulti  menjalani  sebahagian  program
                          pengajiannya di institusi lain.

           8.      Penarikan diri
                   (1)    Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari kursus:

                          (a)    Penarikan  diri  dari  kursus  bermakna  penarikan  diri  dari  satu  atau  lebih
                                 kursus  dalam  sesuatu  semester.  Walau  bagaimanapun,  calon  adalah
                                 tertakluk  kepada  syarat  minimum  jam  kredit  yang  ditetapkan  untuk
                                 semester biasa.

                          (b)    Calon  boleh  menarik  diri  dari  kursus  tidak  lewat  dari  minggu  kuliah
                                 ketujuh  semester  biasa  atau  minggu  kedua  semester  khas.  Calon  tidak
                                 akan dikenakan yuran pengajian dan rekod kursus akan dihapuskan.

                          (c)    Calon yang menarik diri dari kursus selepas minggu kuliah kedua tetapi
                                 sebelum  minggu  kuliah  ketujuh  semester  biasa  akan  dikenakan  yuran
                                 pengajian dan dicatatkan Gred W bagi kursus berkenaan.

                          (d)    Penarikan diri dari kursus selepas minggu kuliah ketujuh semester biasa
                                 atau selepas minggu kuliah kedua semester khas adalah tidak dibenarkan
                                 kecuali diluluskan oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah atau pegawai
                                 yang  ditetapkan  oleh  Universiti  atas  permohonan  calon  yang  dibuat
                                 secara bertulis melalui Dekan Fakulti.

                          (e)    Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang
                                 disokong  dengan  bukti  dokumentasi  berkenaan  atau  atas  alasan
                                                                                                 47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52