Page 50 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 50
Universiti tidak akan dibenarkan menduduki sebarang peperiksaan program
pengajian Ijazah.
BAHAGIAN V
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
10. Penawaran dan penyempurnaan kursus
(1) Fakulti akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan dalam mana-mana
semester. Setiap kursus baru boleh ditawarkan jika ia memenuhi syarat tertentu
dan mendapat kelulusan Senat.
(2) Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan diperiksa
dalam satu semester. Hanya kursus-kursus tertentu yang telah terlebih dahulu
mendapat kelulusan Senat boleh dikendalikan bagi tempoh melebihi satu
semester.
(3) Jumlah jam kredit untuk komponen kursus bagi program pengajian Ijazah
hendaklah sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan Senat.
11. Pertukaran bidang penyelidikan
Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk
menukar bidang penyelidikannya. Pertukaran bidang penyelidikan ini adalah tertakluk
kepada kelulusan Fakulti yang berkenaan.
12. Pertukaran mod pengajian
Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk
menukar mod pengajiannya. Pertukaran mod pengajian adalah tertakluk kepada kelulusan
Fakulti.
13. Pemindahan kredit
(1) “Pemindahan kredit” bermakna pemindahan jam kredit bersama-sama dengan
gred yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh calon selepas diterima masuk
untuk mengikuti program pengajian Ijazah di Universiti.
(2) Dalam proses pemindahan kredit, jam kredit yang diperolehi bersama-sama
dengan gred dan mata gred bagi kursus berkenaan akan diambilkira dalam
pengiraan PNG dan PNGK calon. Kebenaran untuk pemindahan kredit antara
lain, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan
sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang
ditawarkan di Universiti;
(b) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak
kurang daripada B atau 3.0; dan
50