Page 54 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 54

(6)    Calon  yang  ingin  melebihi  had  patah  perkataan  yang  ditetapkan  hendaklah
                          membuat  permohonan  kepada  Fakulti  sekurang-kurangnya  tiga  bulan  sebelum
                          tarikh penyerahan tesis untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan mengapa ia
                          tidak dapat mematuhi had panjang yang telah ditetapkan.

                   (7)    Calon tidak boleh menyerahkan sebagai tesis, apa-apa hasil kerja termasuk idea,
                          penulisan, data atau apa-apa ciptaan orang lain atau kerja yang telah diserahkan
                          untuk  ijazah  di  Universiti  ini  atau  universiti  atau  institusi  lain,  tetapi  ia  tidak
                          dilarang  memasukkan  mana-mana  bahagian  kerja  tersebut  ke  dalam  tesisnya
                          sekiranya  ia  menunjukkan  dengan  terang  dalam  tesisnya  bahagian  kerja  yang
                          telah dimasukkan ke dalam tesisnya.

                   (8)    Calon  boleh  menyerahkan  sebarang  sumbangan  yang  telah  dicetak  dan
                          diterbitkan  secara  perseorangan  atau  secara  berkumpulan  untuk  peningkatan
                          bidangnya.  Kerja  yang  dilakukan  secara  berkumpulan  hendaklah  disertakan
                          dengan kenyataan yang menjelaskan dengan terang bahagian kerja yang dibuat
                          oleh  calon  sendiri.  Kenyataan  ini  hendaklah  ditandatangani  oleh  rakan  penulis
                          yang lain.

                   (9)    Calon tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang
                          lain. Bagi maksud subperaturan ini dan subperaturan 34(9) di bawah, plagiarisme
                          termasuk—

                          (a)    perbuatan  mengambil  sesuatu  idea,  penulisan,  data  atau  ciptaan  orang
                                 lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah
                                 hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau

                          (b)    suatu  cubaan  untuk  menonjolkan  atau  perbuatan  menonjolkan,  dalam
                                 apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea,
                                 penulisan,  data  atau  ciptaan  yang  adalah  sebenarnya  diambil  daripada
                                 beberapa sumber lain.

                   (10)   Calon  yang  didapati  memplagiat  tesisnya  boleh  diambil  tindakan  di  bawah
                          Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

                   (11)   Mana-mana  tesis  yang  diserahkan  untuk  peperiksaan  hendaklah  mengikut
                          peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan ini
                          atau  mana-mana  pindaan  kepada  Peraturan-Peraturan  ini  dari  semasa  ke
                          semasa.  Dekan  Fakulti  boleh  menolak mana-mana  tesis  yang  diserahkan  yang
                          tidak mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

                   (12)   Tesis  atau  sebahagian  daripadanya  yang  telah  diluluskan  dan  kemudiannya
                          diterbitkan, hendaklah mengandungi kenyataan yang terang bahawa ianya telah
                          dikemukakan  untuk  ijazah  Doktor  Falsafah  Universiti.  Sepanjang  pengajiannya,
                          calon  boleh,  dengan  persetujuan  penyelianya,  menerbitkan  kertas-kertas  hasil
                          kerjanya,  dengan  syarat  rujukan  sewajarnya  diberi  kepada  Universiti  di  dalam
                          kertas-kertas itu.

                   (13)   Tesis  itu  sama  ada  telah  diluluskan  atau  tidak,  untuk  penganugerahan  Ijazah
                          termasuk semua hak harta intelek di dalamnya hendaklah terletakhak pada dan
                          tetap menjadi hak milik Universiti. Universiti mempunyai hak untuk menghadkan
                          atau  membataskan  pencetakan,  pemberitahuan  dan  penggunaan,  atau
                                                                                                 54
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59