Page 77 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 77

43.    Mengaudit kursus

                   (1)    Calon  boleh  mendaftar  untuk  mengaudit  mana-mana  kursus  setelah  mendapat
                          kelulusan  pensyarah  yang  mengelola  kursus  tersebut  dan  Dekan  Fakulti
                          berkenaan.

                   (2)    Dekan  Fakulti  di  mana  calon  mengaudit  kursus  hendaklah  mengesahkan  calon
                          memenuhi  syarat  minimum  lapan  puluh  peratus  kehadiran  untuk  melayakkan
                          calon diberi Gred R bagi kursus yang diaudit dan dicatat dalam transkrip.

                   (3)    Calon  audit  tidak  diwajibkan  menduduki  peperiksaan  bagi  kursus  berkenaan.
                          Sekiranya  menduduki,  setelah  mendapat  kelulusan  Dekan  Fakulti  berkenaan,
                          gred  sebenar  akan  dicatat  dan  sekiranya  calon  gagal,  Gred  R  akan  dicatat  di
                          dalam  transkrip.  Sebarang  gred  yang  dicatat  tidak  diambilkira  untuk  pengiraan
                          PNG/PNGK.

                   (4)    Dalam  keadaan  tertentu  dan  tertakluk  kepada  syarat  program  pengajian  Ijazah
                          berkenaan,  kursus  audit  boleh  diterimapakai  sebagai  kursus  yang  memenuhi
                          prasyarat kursus atau prasyarat program pengajian Ijazah.


            44.    Pelajar tidak bergraduat

                   Dekan  Fakulti  diberi  kuasa  untuk  menerima  masuk  seseorang  sebagai  pelajar  tidak
                   bergraduat tertakluk kepada syarat berikut:

                   (a)   Tidak lebih dari satu tahun kalendar jika ia menjalani penyelidikan atau tidak lebih
                         dari satu sesi akademik jika ia mengikuti kursus; dan

                   (b)   Jumlah  kursus  yang  boleh  diambil  oleh  pelajar  pemerhati  tidak  boleh  lebih
                         daripada  dua  pertiga  jumlah  jam  kredit  maksimum  yang  ditetapkan  untuk  calon
                         program pengajian Ijazah dalam sesuatu semester.






















                                                                                                 77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82