Page 74 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 74
(ii) menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan
untuk program pengajiannya. Daripada jumlah jam kredit yang
diperlukan untuk pengijazahan, sekurang-kurangnya dua pertiga
daripada jumlah jam kredit yang diperolehi hendaklah daripada
kursus yang dijalankan oleh Universiti; dan
(iii) memenuhi keperluan Fakulti di mana ia mendaftar program
pengajiannya, jika ada; dan
(b) Memenuhi keperluan komponen penyelidikan, iaitu—
(i) mencapai tahap Lulus dalam peperiksaan tesisnya;
(ii) lulus peperiksaan viva yang ditetapkan; dan
(iii) memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti di mana ia
mendaftar program pengajiannya, jika ada; dan
(c) memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan untuk program
pengajiannya.
38. Penganugerahan tesis cemerlang
Tesis layak dianugerahkan sebagai cemerlang sekiranya—
(a) diperakukan cemerlang dalam laporan semua pemeriksa;
(b) diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa; dan
(c) disempurnakan dan diserahkan oleh calon untuk peperiksaan pada satu
tempoh tidak melebihi enam semester bagi program pengajian Ijazah
secara Penyelidikan dan lapan semester bagi program pengajian Ijazah
secara Kursus dan Penyelidikan dari tarikh permulaan pendaftaran calon
berkenaan.
BAHAGIAN X
RAYUAN
39. Rayuan untuk semakan semula keputusan peperiksaan kursus
(1) Calon yang tidak berpuashati dengan keputusan peperiksaannya boleh merayu
untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Rayuan hendaklah dibuat dalam
tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan. Bagi
maksud perenggan ini, “tarikh pengumuman rasmi” hendaklah tarikh yang tercatat
dalam slip keputusan peperiksaan yang dihantar kepada calon.
(2) Satu bayaran atas kadar yang ditetapkan hendaklah dikenakan bagi memproses
rayuan untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Bayaran itu tidak akan
dikembalikan sama ada rayuan berjaya atau tidak.
74