Page 76 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 76

(a)    keputusan Jawatankuasa Pemeriksa asal dikekalkan;

                          (b)    pemeriksa tambahan dilantik untuk memeriksa tesis calon; atau

                          (c)    suatu  Jawatankuasa  Pemeriksa  baru  dilantik  untuk  mengkaji  keputusan
                                 calon dan mengemukakan perakuannya kepada Senat.

                   (7)    Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan yang telah gagal
                          peperiksaan  bagi  komponen  kursus  dan  tidak  berpuashati  dengan  keputusan
                          tersebut  boleh  mengemukakan  rayuan  secara  bertulis  kepada  Dekan  Fakulti
                          dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.
                          Bagi  maksud  perenggan  ini,  “tarikh  pengumuman  rasmi”  hendaklah  tarikh  yang
                          tercatat dalam slip keputusan peperiksaan yang dihantar kepada calon.

                   (8)    Dekan Fakulti, berdasarkan perakuan Fakulti akan mengemukakan rayuan calon
                          kepada Senat untuk kelulusan.

                                                 BAHAGIAN XI
                           KEMASUKAN SEMULA KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH

            41.    Kemasukan semula ke program pengajian Ijazah

                   (1)    Calon  yang  telah  menarik  diri  dari  program  pengajian  Ijazah  boleh  memohon
                          untuk  dipertimbangkan  masuk  ke  program  pengajian  Ijazah  atau  mana-mana
                          program pengajian ijazah tinggi lain di Universiti.

                   (2)    Calon yang telah luput pencalonannya kerana gagal memperbaharui pencalonan
                          atau  telah  melampaui  tempoh  maksimum  pencalonan  boleh  memohon  untuk
                          dipertimbangkan  masuk  semula  ke  program  pengajian  Ijazah  tertakluk  kepada
                          syarat  ia  mengikuti  pengajian  dalam  bidang  yang  berlainan  dan  diselia  oleh
                          penyelia yang berlainan.

                   (3)    Calon  yang  ditamatkan  pengajian  kerana  gagal  dalam  peperiksaan  atau  atas
                          alasan  selain  daripada  gagal  dalam  peperiksaan  tidak  boleh  diterima  masuk
                          semula ke program pengajian Ijazah atau mana-mana program pengajian ijazah
                          tinggi lain Universiti.


                                                 BAHAGIAN XII
                                                      AM

            42.    Kuasa Senat

                   Senat mempunyai kuasa untuk membuat, membatal atau meminda mana-mana peraturan
                   yang  menguasai  program  pengajian  Ijazah  sepertimana  yang  diperuntukkan  di  dalam
                   Peraturan-Peraturan  ini.  Mana-mana  peraturan  baru,  pembatalan  atau  pindaan  kepada
                   peraturan-peraturan tersebut hendaklah diumumkan kepada calon sebelum mulanya sesi
                   akademik calon berkenaan.


                                                                                                 76
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81