Page 25 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 25

KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
                                 (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007


            PADA  menjalankan  kuasa  yang  diberi  oleh  seksyen  31  dan  subseksyen  32(1)  Perlembagaan  Universiti
            Malaya 1997 [P.U. (A) 107], Lembaga Pengarah Universiti membuat kaedah-kaedah berikut:


                                                       BAHAGIAN I
                                                      PERMULAAN

            1.     Nama, Mula Berkuasa dan Pemakaian
                   (1)    Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Doktor
                          Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuat kuasa mulai sesi akademik 2007/2008.

                   (2)    Kaedah-kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua calon program pengajian ijazah Doktor
                          Falsafah yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2007/2008 dan selepas itu.

            2.     Tafsiran
            Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain—

                   “bilik peperiksaan” ertinya premis untuk menjalankan peperiksaan  bagi sesuatu kursus atau kursus-
                   kursus;

                   “calon"  ertinya  seseorang  yang  telah  berdaftar  bagi  menjalani  program  pengajian  ijazah    Doktor
                   Falsafah;

                   "Dekan  Fakulti"  ertinya  Dekan  Fakulti  Universiti  dan  termasuk  mana-mana  Pengarah  atau  Ketua
                   Akademi,  Pusat,  Sekolah  atau  Institut  yang  dilantik  di  bawah  subseksyen  21(4)  dan  (5)
                   Perlembagaan;

                   "Fakulti"  ertinya  mana-mana  Fakulti  Universiti  dan  termasuk  mana-mana  Sekolah,  Pusat,  Akademi
                   dan Institut Universiti yang ditubuhkan di bawah subseksyen 21(1) Perlembagaan;

                   “Ijazah” ertinya ijazah Doktor Falsafah Universiti;

                   "Jabatan"  ertinya  mana-mana  jabatan  pengajian  Fakulti  dan  termasuk  mana-mana  bahagian
                   pengajian Fakulti;

                   “Jawatankuasa  Pemeriksa”  ertinya  jawatankuasa  yang  ditubuhkan  di  setiap  Fakulti  untuk  maksud
                   menimbang  dan  menilai  keputusan  peperiksaan  calon  sepertimana  yang  diperuntukkan  dalam
                   peraturan-peraturan kepada Kaedah-Kaedah ini;

                   “Ketua  Jabatan”  ertinya  Ketua  mana-mana  Jabatan  pengajian  Fakulti  termasuk  Pengerusi  mana-
                   mana bahagian pengajian Fakulti atau Penyelaras Program di mana berkenaan;

                   "kursus"  ertinya  satu  unit  pengajian  atau  latihan  yang  dijalankan  sepanjang  satu  tempoh  yang
                   ditetapkan;

                   "laporan  penyelidikan"  ertinya  hasil  penyelidikan  yang  telah  dijalankan  oleh  calon  semasa
                   pencalonannya,  dan  termasuk  kertas  penyelidikan,  kertas  projek,  laporan  projek  dan  hasil
                   penyelidikan berkenaan yang dikenali dengan apa-apa jua nama;

                   "Naib  Canselor"  ertinya  ketua  pegawai  eksekutif  dan  akademik  Universiti  yang  dilantik  di  bawah
                   subseksyen 12(1) Perlembagaan;

                   “pemeriksa dalam” ertinya seseorang guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti yang dilantik
                   oleh Fakulti untuk memeriksa sesuatu kursus, sebahagian daripada kursus itu atau tesis calon;

                   “pemeriksa  luar‟  ertinya  seseorang  bukan  guru  sepenuh  masa  atau  separuh  masa  Universiti  yang
                   dilantik oleh Senat untuk memeriksa kursus program pengajian Ijazah atau tesis calon;

                                                                                                           24
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30