Page 29 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 29
yang ditetapkan dalam subkaedah (2) dengan syarat bahawa pelanjutan berkenaan tidak
melebihi tempoh dua semester.
BAHAGIAN VI
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
10. Struktur program pengajian
(1) Bagi program pengajian Ijazah secara Penyelidikan, calon dikehendaki menjalankan
penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis. Walau bagaimanapun
calon boleh disyaratkan untuk mengikuti kursus-kursus tertentu sebagaimana yang
ditetapkan oleh Universiti atau Fakulti yang berkenaan.
(2) Bagi program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan, calon dikehendaki mengikuti
program tersebut berdasarkan struktur program pengajian sepertimana yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini.
BAHAGIAN VII
SYARAT BAHASA
11. Syarat bahasa Malaysia
(1) Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III
Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti
atau di peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan Ijazahnya.
(2) Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dengan memuaskan suatu
kursus bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti sebelum dianugerahkan Ijazahnya
melainkan ia memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa
Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia Universiti atau kursus bahasa
Malaysia yang diiktiraf oleh Universiti.
(3) Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2) keperluan syarat bahasa
Malaysia adalah dikecualikan bagi calon yang telah mengikuti pengajian dalam bahasa
kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan.
12. Syarat bahasa Inggeris
(1) Calon bukan warganegara Malaysia yang memperoleh ijazahnya atau ijazah-ijazahnya dari
universiti atau institusi pengajian tinggi yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar bagi ijazah atau ijazah-ijazah berkenaan yang ingin menulis tesisnya
dalam bahasa Inggeris atau di mana program pengajian Ijazah yang ingin diikutinya
dijalankan dalam bahasa lnggeris adalah dikehendaki—
(a) memperolehi skor sebanyak 550 untuk jumlah berasaskan kertas, skor sebanyak 213
bagi jumlah berasaskan komputer atau skor sebanyak 80 bagi jumlah berasaskan
internet bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL); atau
(b) memperolehi band 6 bagi International English Language Testing System (IELTS).
(2) Sekiranya calon tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a) dan
(b), calon hendaklah menghadiri mana-mana kursus bahasa Inggeris dan lulus mana-mana
ujian bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat sebelum memulakan penulisan tesisnya.
(3) Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1) dan (2), Fakulti boleh berdasarkan
keperluan program pengajian Ijazah, mengenakan―
28