Page 27 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 27

(a)    Ijazah  Doktor  Falsafah  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  yang  dilaksanakan
                          secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan tesis; dan
                   (b)    Ijazah  Doktor  Falsafah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  yang
                          dilaksanakan secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan melainkan kebenaran bertulis
                          telah diperoleh terlebih dahulu, calon hendaklah menjalankan penyelidikan setelah ia berjaya
                          menyempurnakan  semua  perkuliahan  yang  ditetapkan  dalam  kurikulum  program  pengajian
                          yang membawa kepada penghasilan tesis.


            4.     Syarat Kemasukan
                   (1)    Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian Ijazah hendaklah seperti berikut:

                          (a)    Ijazah Sarjana; atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian; serta

                          menunjukkan bukti yang mencukupi tentang latihan dan keupayaan untuk mengikuti program
                          pengajian Ijazah.

                   (2)    Walau apapun peruntukan dalam perenggan (1)(a) dan (b), dalam kes-kes yang tertentu dan
                          tertakluk  kepada  kelulusan  Senat,  Fakulti  boleh  diberi  kelonggaran  untuk  menerima  calon
                          yang mempunyai kelayakan selain daripada yang terkandung dalam syarat kemasukan yang
                          sedia ada.

                   (3)    Walau  apapun  yang  diperuntukkan  oleh  subkaedah  (1)  dan  (2),  Universiti  boleh
                          mempertimbangkan  untuk  menerima  masuk  ke  program  pengajian  Ijazah  seseorang  yang
                          mempunyai  kelayakan  ijazah  Sarjana  Muda  yang  cemerlang  (PNGK  3.7  dan  ke  atas  atau
                          yang setaraf dengannya), tertakluk kepada kemajuan pengajiannya akan dipantau dan calon
                          dikehendaki  membentangkan    kemajuan    penyelidikannya  dalam  satu  seminar  dalam
                          tempoh—

                          (a)    dua  semester  dari  tarikh  pendaftarannya,  bagi  program  pengajian  Ijazah  secara
                                 Penyelidikan; atau

                          (b)    empat  semester  dari  tarikh  pendaftarannya,  bagi  program  pengajian  Ijazah  secara
                                 Kursus dan Penyelidikan.

                   (4)    Sekiranya kemajuan pengajiannya memuaskan, calon boleh dibenarkan untuk meneruskan
                          pencalonannya  sebagai  calon  Ijazah,  tetapi  sekiranya  kemajuan  pengajiannya  tidak
                          memuaskan, status pencalonannya ditukarkan kepada ijazah Sarjana yang berkenaan.

                   (5)    Kemasukan  seseorang  calon  hendaklah  atas  budi  bicara  Fakulti.  Walau  bagaimanapun
                          dalam keadaan-keadaan tertentu Dekan Fakulti boleh, atas perakuan Timbalan Dekan yang
                          bertanggungjawab  bagi  urusan  program  pascasiswazah  dan  Ketua  Jabatan  berkenaan,
                          menerima masuk seseorang yang memenuhi kelayakan berikut:

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda  dalam bidang berkaitan dan PNGKnya tidak kurang daripada
                                 3.0 (atau setaraf dengannya); dan

                          (b)    Ijazah  Sarjana  Dengan  Cemerlang  dalam  bidang  berkaitan  atau  ijazah  Sarjana
                                 dengan  PNGK  tidak  kurang  daripada  3.0  (atau  setaraf  dengannya)  mengikut  yang
                                 mana berkaitan.














                                                                                                           26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32