Page 26 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 26

"Pendaftar"  ertinya  seorang  pegawai  Universiti  seperti  mana  yang  diperuntukkan  di  bawah
                   subseksyen 13(1) Perlembagaan;

                   “pengawas”  ertinya  pengawas  dan  termasuk  ketua  pengawas  yang  dilantik  oleh  Naib  Canselor
                   daripada kalangan guru sepenuh masa Universiti untuk mengawas peperiksaan program pengajian
                   Ijazah;

                   "penyelia"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan  kakitangan  akademik
                   Universiti  dan  termasuk  Profesor  Emeritus  Universiti,  Profesor  Adjung  Universiti,  penyelidik  pasca-
                   doktoral atau felo penyelidik untuk menyelia calon dalam program pengajiannya;

                   “penyelia  bersama"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan  kakitangan
                   akademik  yang  telah  meninggalkan  perkhidmatan  Universiti  di  mana  khidmat  seliaannya  masih
                   diperlukan  untuk  membantu  calonnya  menyempurnakan  program  pengajian  dan  boleh  termasuk
                   kakitangan akademik dari universiti lain yang dilantik;

                   "Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Universiti Malaya;

                   “perunding" ertinya seseorang yang bukan kakitangan akademik mana-mana universiti yang dilantik
                   oleh Fakulti untuk membantu dalam penyeliaan calon dalam program pengajiannya;

                   “program  pengajian"  ertinya  kumpulan-kumpulan  kursus,  latihan  dan  penyelidikan  atau  gabungan
                   kursus,  latihan  dan  penyelidikan  yang  dirancang  dan  ditawarkan  bagi  memenuhi  keperluan  untuk
                   anugerah ijazah;

                   “program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di
                   bawah perenggan 3(b);

                   “program pengajian secara Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di bawah
                   perenggan 3(a);

                   "semester'  ertinya  tempoh  tertentu  di  dalam  sesuatu  sesi  akademik  dan  terdiri  daripada  semester
                   biasa dan semester khas;

                   “semester  biasa”  ertinya  Semester  I  atau  Semester  II  sepertimana  yang  dinyatakan  dalam  Jadual
                   Semester;

                   "Senat"  ertinya  salah  satu  Pihak  Berkuasa  Universiti  yang  ditubuhkan  di  bawah  subseksyen  20(1)
                   Perlembagaan;

                   “sesi  akademik"  ertinya  tempoh  pengajian  sesuatu  program  pengajian  yang  terdiri  daripada  dua
                   semester biasa termasuk semester khas;

                   “tahun  akademik"  ertinya  tempoh  dua  belas  bulan  yang  tarikh  permulaan  dan  tarikh  akhirnya
                   hendaklah seperti mana yang ditetapkan oleh Universiti;

                   “tahun kalendar” ertinya jangka waktu (masa) yang tempohnya adalah dua belas bulan;

                   "tempat  pengajian"  ertinya  Universiti  termasuk  mana-mana  tempat  lain  yang  diluluskan  oleh
                   Universiti;

                   "tesis" ertinya suatu hasil bertulis dari penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan program
                   pengajian Ijazah;

                   "Universiti" ertinya Universiti Malaya.

                                                      BAHAGIAN II
                                    PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN

            3.     Program Pengajian
                   Program-program pengajian hendaklah diklasifikasikan seperti berikut:

                                                                                                           25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31