Page 30 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 30

(a)    peringkat  kecekapan  bahasa  Inggeris  yang  lebih  tinggi  bagi  calon  bukan
                                 warganegara Malaysia;
                          (b)    peringkat  kecekapan  bahasa  Inggeris  yang  minimum  bagi  calon  warganegara
                                 Malaysia; atau
                          (c)    syarat minimum bahasa Inggeris sebagai syarat kemasukan ke program pengajian
                                 Ijazah.


                                                         BAHAGIAN VIII
                                                         PEPERIKSAAN


            13.    Peperiksaan

                   Peperiksaan hendaklah diadakan bagi program pengajian Ijazah secara―

                   (a)    Penyelidikan; dan

                   (b)    Kursus dan Penyelidikan,

                   yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
                   Doktor Falsafah) 2007.


                                                      BAHAGIAN IX
                                                     PENGIJAZAHAN

            14.    Syarat pengijazahan

                   Ijazah boleh dianugerahkan kepada calon yang telah―

                   (a)    memenuhi  segala  keperluan  Kaedah-Kaedah  ini  dan  apa-apa  peraturan  yang  dibuat  di
                          bawahnya;

                   (b)    diputuskan  dan  diperakukan  supaya  dikurniakan  Ijazah  oleh  Jawatankuasa  Pemeriksa  dan
                          diluluskan oleh Senat; dan

                   (c)    membayar semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.


                                                      BAHAGIAN X
                                                           AM


            15.    Kemasukan pelajar pemerhati

                   (1)    Pelajar Pemerhati ialah seseorang yang diluluskan untuk mengikuti mana-mana kursus yang
                          ditawarkan  bagi  program  pengajian  Ijazah,  sama  ada  atau  tidak  untuk  tujuan  mendapat
                          kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian Universiti.

                   (2)    Kemasukan pelajar pemerhati hendaklah atas budi bicara Dekan Fakulti.


            16.    Penamatan pencalonan

                   Senat berhak menamatkan pencalonan seseorang calon yang didapati telah memberikan maklumat
                   palsu serta tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti.

            17.    Kuasa Senat membuat peraturan

                   Senat  boleh  membuat  peraturan-peraturan  pada  amnya  sebagaimana  yang  perlu  bagi  maksud
                   melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah ini.

                                                                                                           29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35