Page 28 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 28

BAHAGIAN III
                                                     PENDAFTARAN


            5.     Pendaftaran
                   (1)    Sesiapa  yang  ditawarkan  oleh  Universiti  untuk  mengikuti  program  pengajian  Ijazah  dan
                          menerima  tawaran  tersebut  dikehendaki  mendaftar  mengikut  peraturan  di  bawah
                          Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007.
                   (2)    Tertakluk kepada subkaedah (3), sesiapa yang mendaftar seperti yang tersebut di subkaedah
                          (1) adalah pelajar Universiti dan digelar calon program pengajian Ijazah. Nama calon tersebut
                          hendaklah disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga calon berjaya menamatkan
                          program pengajiannya dan Senat mengesahkan calon tersebut layak dianugerahkan Ijazah
                          atau  sehingga  atas  sebab  tertentu  calon  tersebut    hilang  status  menjadi  pelajar  Universiti
                          mengikut yang mana terdahulu.
                   (3)    Setiap  calon  yang  telah  mendaftar  untuk  program  pengajian  yang  telah  ditawarkan
                          kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti.
                   (4)    Mana-mana calon yang gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti akan terhenti
                          daripada  menjadi  pelajar  dan  namanya  akan  digugurkan  daripada  senarai  daftar  pelajar
                          Universiti.
                   (5)    Walau  apapun  yang  dinyatakan  oleh  subkaedah  (1)  dan  tertakluk  kepada  subkaedah  (3),
                          Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-mana calon sekiranya pada
                          pandangan  Senat  calon  tersebut  atas  sebab-sebab  akademik  yang  ditentukan  oleh  Senat,
                          tidak  mampu  meneruskan  program  pengajiannya  dan  nama  calon  tersebut  hendaklah
                          digugurkan  dari  senarai  daftar  pelajar  Universiti  dan  calon  tersebut  hendaklah  terhenti
                          daripada menjadi pelajar Universiti.


                                                      BAHAGIAN IV
                                                        BAYARAN

            6.     Yuran dan bayaran lain
                   Calon  hendaklah  menjelaskan  semua  yuran  dan  bayaran  lain  yang  ditetapkan  mengikut  peraturan
                   sepertimana  yang  diperuntukkan  dalam  Peraturan-Peraturan  Universiti  Malaya  (Ijazah  Doktor
                   Falsafah) 2007.

            7.     Hak mengubah kadar yuran dan bayaran lain

                   Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar bayaran lain
                   yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada calon.


                                                          BAHAGIAN V
                                                TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN

            8.     Tempoh program pengajian
                   Calon hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajiannya dalam tempoh yang ditetapkan.

            9.     Tempoh minimum dan tempoh maksimum

                   (1)    Tempoh  minimum  bagi  program  pengajian  Ijazah  adalah  selama  empat  semester  biasa
                          melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.

                   (2)    Tempoh  maksimum  bagi  program  pengajian  Ijazah  adalah  selama  enam  belas  semester
                          biasa.

                   (3)    Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dan (2) dalam keadaan tertentu Dekan
                          Institut  Pengajian  Siswazah  atau  pegawai  lain  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh  Universiti
                          boleh  melanjutkan  tempoh  pencalonan  yang  melampaui  tempoh  maksimum  sepertimana
                                                                                                           27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33