Page 42 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 42

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA

                                 (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

            PADA  menjalankan  kuasa  yang  diberi  oleh  kaedah  17  Kaedah-Kaedah  Universiti  Malaya  (Ijazah  Doktor
            Falsafah) 2007, Senat membuat peraturan-peraturan berikut:

           1.      Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian
                   (1)    Peraturan-Peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (ljazah Doktor
                          Falsafah) 2007 dan hendaklah berkuatkuasa mulai sesi akademik 2007/2008.

                   (2)    Peraturan  ini  hendaklah  terpakai  kepada  semua  calon  program  pengajian  ijazah  Doktor
                          Falsafah yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2007/2008 dan selepas itu.

                                                     BAHAGIAN II
                                              PERMOHONAN KEMASUKAN

           2.      Iklan dan kemasukan
                   (1)    Program pengajian Ijazah Universiti hendaklah diiklankan dari semasa ke semasa.

                   (2)    Permohonan  masuk  ke  program  pengajian  Ijazah  hendaklah  dibuat  melalui  borang
                          permohonan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

                   (3)    Permohonan  kemasukan  ke  program  pengajian  Ijazah  hendaklah  sampai  ke  Institut
                          Pengajian  Siswazah  Universiti  atau  mana-mana  pusat  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh
                          Universiti.  Sekiranya  Universiti  menetapkan  tarikh  tutup  permohonan  untuk  kemasukan  ke
                          program  pengajian  Ijazah,  permohonan  kemasukan  tersebut  hendaklah  sampai  pada  atau
                          sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

                                                      BAHAGIAN III
                                                     PENDAFTARAN

           3.      Pendaftaran permulaan
                   (1)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Penyelidikan  boleh  mendaftar  untuk  program
                          pengajian tersebut pada bila-bila masa asalkan ianya tidak melebihi enam  bulan daripada
                          tarikh surat tawaran dikeluarkan atau dalam tempoh seperti yang ditetapkan oleh Fakulti di
                          mana program pengajian tersebut diikuti.

                   (2)    Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan hendaklah mendaftar untuk
                          program pengajiannya tidak lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan semester di mana ia
                          telah ditawarkan kemasukan ke program pengajian tersebut.

                   (3)    Sekiranya  calon  tidak  mendaftar  dalam  tempoh  yang  ditetapkan  atau  dalam  mana-mana
                          tempoh  penangguhan  yang  diluluskan  maka  tawaran  kemasukan  ke  program  pengajian
                          Ijazah akan luput dengan sendirinya.

                   (4)    Dalam keadaan tertentu, Dekan Institusi Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai yang
                          ditetapkan  oleh  Universiti  atas  perakuan  Dekan  Fakulti  boleh  membenarkan  calon
                          menangguhkan pendaftaran permulaannya ke semester yang berikutnya.

           4.      Pendaftaran kursus
                   (1)    Calon  untuk  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  dikehendaki
                          mengikuti  program  tersebut  berdasarkan  struktur  program  pengajian  sepertimana  yang
                          ditetapkan di bawah Jadual 1 kepada Peraturan-Peraturan ini.

                   (2)    Calon dikehendaki mendaftar untuk kursus-kursus yang ditetapkan di bawah Jadual II kepada
                          Peraturan-Peraturan ini bagi program pengajian Ijazah yang diikutinya.



                                                                                                           41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47