Page 45 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 45

Canselor  berkenaan  atas  permohonan  calon  yang  dibuat  secara  bertulis  melalui
                                 Dekan  Fakulti.  Permohonan  hanya  akan  dipertimbangkan  atas  alasan  kecemasan
                                 yang  disokong  dengan  bukti  dokumentasi  berkenaan  atau  atas  alasan  perubatan
                                 yang disokong dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan
                                 berdaftar.

                          (e)    Sekiranya  permohonan  diluluskan,  kursus  berkenaan  (sekiranya  ada)  akan
                                 dicatatkan dengan Gred W. Yuran pengajian akan tetap dikenakan.

                          (f)    Sekiranya   permohonan    tidak   diluluskan,   calon   dikehendaki   meneruskan
                                 pengajiannya bagi semester berkenaan.

                          (g)    Calon  tidak  dibenarkan  menarik  diri  dari  semester  apabila  tempoh  peperiksaan
                                 semester telah bermula.

                          (h)    Tempoh maksimum penarikan diri dari semester bagi calon adalah sebanyak empat
                                 semester  biasa  sepanjang  tempoh  pengajiannya  yang  boleh  diambil  secara
                                 berterusan atau sebaliknya kecuali pada semester akhir pencalonan.

                          (i)  Melainkan  atas  alasan  perubatan  yang  disokong    dengan  laporan  perubatan  daripada
                              pegawai perubatan berdaftar, tempoh di mana calon telah menarik diri akan diambilkira
                              sebagai sebahagian dari tempoh maksimum pengajiannya.

                   (3)    Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari program pengajian Ijazah:

                          (a)    Permohonan  penarikan  diri  dari  program  pengajian  Ijazah  hendaklah  dibuat  secara
                                 bertulis melalui Dekan Fakulti  kepada Dekan Institut Pengajian Siswazah atau mana-
                                 mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti; dan

                          (b)    Sebarang  keputusan  terhadap  penarikan  diri  dari  program  pengajian  Ijazah  adalah
                                 muktamad.


                                                      BAHAGIAN IV
                                                        BAYARAN

            9.      Yuran dan bayaran lain

                   (1)    Calon  hendaklah  menjelaskan  segala  yuran  dan  bayaran  lain  yang  kena  dibayar  kepada
                          Universiti  pada  masa  permulaan  pendaftaran  atau pada  masa memperbaharui  pencalonan
                          melainkan ia dikecualikan daripada mana-mana yuran atau bayaran atau kedua-duanya.

                   (2)    Calon  yang  hendak  menjelaskan  mana-mana  yuran  atau  bayaran  lain  yang  kena  dibayar
                          kepada Universiti secara ansuran  hendaklah  membuat  permohonan  dengan  menggunakan
                          borang yang ditetapkan yang boleh diperolehi dari Institut Pengajian Siswazah Universiti atau
                          mana-mana pusat lain sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti.

                   (3)    Calon  yang  gagal  menjelaskan  mana-mana  yuran  atau  bayaran  lain  atau  sebahagian
                          daripada yuran atau bayaran lain yang kena dibayar kepada Universiti tidak akan dibenarkan
                          menduduki sebarang peperiksaan program pengajian Ijazah.














                                                                                                           44
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50