Page 50 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 50

(a)    tiga naskah tesis dalam bentuk percetakan yang  hendaklah dijilid dalam kulit tebal
                                 berwarna merah "rexine” dengan tajuk atau ringkasan tajuk serta nama pengarang
                                 dicetak dalam huruf besar di tulang belakang dan pada kulit hadapan; dan

                          (b)    satu salinan elektronik mengikut format yang ditetapkan.


                                                     BAHAGIAN VIII
                                                     PEPERIKSAAN

            20.    Bilangan dan skop peperiksaan

                   (1)    Bilangan  dan  skop  peperiksaan  yang  dibuat  di  bawah  Peraturan-Peraturan  ini  hendaklah
                          sepertimana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.

                   (2)    Peperiksaan  dalam  mana-mana  kursus  dan  tesis  boleh  meliputi  ujian-ujian  bertulis,  lisan,
                          amali  dan  klinikal  dalam  apa  jua  bentuknya  serta  kaedah  penilaian  lain  sepertimana  yang
                          diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.

                   (3)    Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh  atas  budibicaranya  menghendaki  calon  menduduki  mana-
                          mana peperiksaan tambahan yang dianggap perlu untuk penilaian tesisnya.

            21.    Jawatankuasa Pemeriksa

                   Satu  Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  diadakan  bagi  setiap  peperiksaan  atau  sebahagian
                   daripadanya untuk program pengajian Ijazah.

            22.    Program pengajian secara Penyelidikan

                   (1)    Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada—

                          (a)   Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;

                          (b)   Seorang Wakil Senat yang dilantik oleh Senat;

                          (c)   Pengerusi  Jawatankuasa  Ijazah  Tinggi  Fakulti  atau  Timbalan  Dekan  yang
                                bertanggungjawab  bagi urusan  program  pascasiswazah  di  Fakulti  di  mana  Timbalan
                                Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;

                          (d)   Ketua Jabatan yang berkenaan; dan

                          (e)   Tiga  orang  pemeriksa  yang  pakar  dalam  bidang  berkenaan  yang  mana  sekurang-
                                kurangnya dua  orang adalah terdiri daripada pemeriksa luar yang dilantik oleh Senat.

                   (2)    Korum  untuk  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa    hendaklah  sekurang-kurangnya  empat
                          termasuk seorang pemeriksa dan wakil Senat.

                   (3)    Sekiranya  Dekan  Fakulti  adalah  Penyelia  atau  pemeriksa  untuk  tesis  calon,  pengerusi
                          Jawatankuasa Pemeriksa boleh terdiri daripada seorang Profesor  dalam bidang berkenaan
                          atau  Dekan  Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana  yang
                          ditetapkan oleh Universiti.

                   (4)    Sekiranya Dekan Fakulti atau Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi atau Timbalan Dekan
                          bertanggungjawab  untuk  program  Ijazah  Doktor  Falsafah  atau  Ketua  Jabatan  atau
                          Penyelaras  program  adalah  penyelia  untuk  calon  berkenaan,  beliau  akan  menghadiri
                          mesyuarat  Jawatankuasa Pemeriksa atas  jemputan  dan  bukan  sebagai  ahli  Jawatankuasa
                          Pemeriksa.



                                                                                                           49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55