Page 52 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 52

(6)    Ahli  Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  boleh  menurun  kuasa  kepada  mana-mana  orang  lain
                          yang  bukan  ahli  Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  mewakili  beliau  dalam  mesyuarat
                          Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (7)    Pendaftar  atau  wakilnya  akan  menjadi  setiausaha  dalam  mesyuarat  Jawatankuasa
                          Pemeriksa.

                   (8)    Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Naib  Canselor  boleh  melantik  mana-mana  guru  sepenuh
                          masa  Universiti  sebagai  ahli  sesuatu  Jawatankuasa  Pemeriksa  dengan  syarat  pelantikan
                          sedemikian hendaklah dilaporkan kepada Senat secepat mungkin.

                   (9)    Fungsi Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:

                          (a)   menimbang  keputusan  peperiksaan  menurut  Skim  Pemarkahan  sepertimana  yang
                                diperuntukkan dalam perenggan 28(1)(c) di bawah dan menentukan calon yang telah
                                lulus atau gagal sesuatu peperiksaan;

                          (b)   memperakukan  kepada  Senat  bahawa  calon  yang  telah  gagal  peperiksaan  dalam
                                mana-mana kursus dibenarkan mengulang kursus dan mengambil semula peperiksaan
                                dalam  kursus berkenaan atau tidak dibenarkan mengambil peperiksaan itu atau tidak
                                diterima masuk semula ke program pengajian Ijazah; dan

                          (c)   melaporkan  kepada  Senat  mengenai  apa-apa  perkara  yang  berkaitan  dengan  mutu
                                atau perjalanan suatu peperiksaan.


            24.    Pemeriksa luar

                   (1)    Pemeriksa luar hendaklah dilantik bagi program pengajian Ijazah seperti berikut:

                          (a)   Ijazah Doktor Falsafah secara Penyelidikan.

                               (i)   Sekurang-kurangnya  dua  orang  pemeriksa  luar  hendaklah  dilantik  oleh  Senat
                                     untuk memeriksa tesis calon. Sekiranya tiada guru Universiti yang sesuai boleh
                                     dilantik  sebagai  pemeriksa  dalam,  seorang  lagi  pemeriksa  luar  boleh  dilantik
                                     untuk menjalankan kewajipan pemeriksa dalam.

                               (ii)   Pemeriksa luar biasanya dilantik daripada kalangan ahli akademik luar Universiti
                                     yang  berkelayakan,  berpengalaman  dan  mempunyai  kepakaran  dalam  bidang
                                     penyelidikan tesis calon. Dalam keadaan tertentu pakar dalam bidang berkenaan
                                     dari  luar  Universiti  yang  tidak  terdiri  dari  kalangan  ahli  akademik  boleh  dilantik
                                     sebagai pemeriksa luar.

                               (iii)   Pemeriksa luar yang dilantik hendaklah tidak mempunyai tali persaudaraan rapat
                                     dengan calon.

                               (iv)   Profesor  Emeritus  atau  Profesor  Adjung  Universiti  tidak  boleh  dilantik  sebagai
                                     pemeriksa luar.

                               (v)   Tertakluk kepada  subperenggan (ii), bekas guru sepenuh masa Universiti boleh
                                     dilantik  sebagai  pemeriksa  luar  dengan  syarat  beliau  telah  meninggalkan
                                     perkhidmatan  Universiti  untuk  tempoh  tidak  kurang  lima  tahun  dari  tarikh
                                     pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.

                               (vi)   Siswazah Universiti yang merupakan bekas pelajar kepada penyelia calon boleh
                                     dilantik  sebagai  pemeriksa  luar  dengan  syarat  beliau  telah  menamatkan
                                     pengajian  di  Universiti  dalam  tempoh  tidak  kurang  lima  tahun  dari  tarikh
                                     pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.

                               (vii)  Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Naib  Canselor  boleh  melantik  pemeriksa  luar
                                     untuk  memeriksa  tesis  calon  dengan  syarat  pelantikan  tersebut  itu  hendaklah
                                     dilaporkan oleh Fakulti kepada Senat dengan secepat mungkin.
                                                                                                           51
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57