Page 49 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 49

(b)    Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada sebarang teks. Ulasan atau kritik
                                 yang  dibuat  oleh  calon  mengenainya  hendaklah  tertakluk  kepada  had  patah
                                 perkataan tersebut.

                   (6)    Calon  yang  ingin  melebihi  had  patah  perkataan  yang  ditetapkan  hendaklah  membuat
                          permohonan kepada Fakulti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh penyerahan tesis
                          untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang
                          yang telah ditetapkan.

                   (7)    Calon tidak boleh menyerahkan sebagai tesis, apa-apa hasil kerja termasuk idea, penulisan,
                          data  atau  apa-apa  ciptaan  orang  lain  atau  kerja  yang  telah  diserahkan  untuk  ijazah  di
                          Universiti  ini  atau  universiti  atau  institusi  lain,  tetapi  ia  tidak  dilarang  memasukkan  mana-
                          mana bahagian kerja tersebut ke dalam tesisnya sekiranya ia menunjukkan dengan terang
                          dalam tesisnya bahagian kerja yang telah dimasukkan ke dalam tesisnya.

                   (8)    Calon boleh menyerahkan sebarang sumbangan yang telah dicetak dan diterbitkan secara
                          perseorangan atau secara berkumpulan untuk peningkatan bidangnya. Kerja yang dilakukan
                          secara  berkumpulan  hendaklah  disertakan  dengan  kenyataan  yang  menjelaskan  dengan
                          terang bahagian kerja yang dibuat oleh calon sendiri. Kenyataan ini hendaklah ditandatangani
                          oleh rakan penulis yang lain.

                   (9)    Calon  tidak  boleh  memplagiat  apa-apa  idea,  penulisan,  data  atau  ciptaan  orang  lain.  Bagi
                          maksud subperaturan ini dan subperaturan 34(9) di bawah, plagiarisme termasuk—

                          (a)    perbuatan  mengambil  sesuatu  idea,  penulisan,  data  atau  ciptaan  orang  lain  dan
                                 mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau
                                 ciptaannya sendiri; atau

                          (b)    suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa cara,
                                 bahawa  dia  ialah  sumber  asal  atau  pencipta  sesuatu  idea,  penulisan,  data  atau
                                 ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

                   (10)   Calon yang didapati memplagiat tesisnya boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah
                          Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

                   (11)   Mana-mana  tesis  yang  diserahkan  untuk  peperiksaan  hendaklah  mengikut    peraturan  dan
                          prosedur seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana pindaan
                          kepada Peraturan-Peraturan ini dari semasa ke semasa. Dekan Fakulti boleh menolak mana-
                          mana tesis yang diserahkan yang tidak mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

                   (12)   Tesis  atau  sebahagian  daripadanya  yang  telah  diluluskan  dan  kemudiannya  diterbitkan,
                          hendaklah  mengandungi  kenyataan  yang  terang  bahawa  ianya  telah  dikemukakan  untuk
                          ijazah Doktor Falsafah Universiti. Sepanjang pengajiannya, calon boleh, dengan persetujuan
                          penyelianya,  menerbitkan  kertas-kertas  hasil  kerjanya,  dengan  syarat  rujukan  sewajarnya
                          diberi kepada Universiti di dalam kertas-kertas itu.

                   (13)   Tesis  itu  sama  ada  telah  diluluskan  atau  tidak,  untuk  penganugerahan  Ijazah  termasuk
                          semua hak harta intelek di dalamnya hendaklah terletakhak pada dan tetap menjadi hak milik
                          Universiti.  Universiti  mempunyai  hak  untuk  menghadkan  atau  membataskan  pencetakan,
                          pemberitahuan dan penggunaan, atau mana-mana urusan dengan yang berikut bagi tempoh
                          yang diperlukan untuk maksud melindungi atau memperolehi hak harta intelek—

                          (a)    tesis;

                          (b)    hasil penyelidikan yang membawa kepada tesis berkenaan; atau

                          (c)    kedua-dua yang dinyatakan di atas.

                   (14)   Selepas  tesis  telah  diperiksa  dan  keputusan  mutakhir  telah  dicapai  mengenai  tesis  calon,
                          calon hendaklah mengemukakan kepada Universiti—

                                                                                                           48
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54