Page 51 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 51

(5)    Melainkan apa yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), jika Dekan Fakulti atau Dekan
                          Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh
                          Universiti  atas  apa-apa  sebab  tidak  dapat  menjalankan  kewajipannya  sebagai  pengerusi
                          Jawatankuasa  Pemeriksa,  Timbalan  Dekan  yang  bertanggungjawab  untuk  pascasiswazah
                          atau  Timbalan  Dekan  Institut  Pengajian  Siswazah  atau  mana-mana  pegawai  sepertimana
                          yang  ditetapkan  oleh  Universiti  boleh  menjalankan  kewajipan  Dekan  sebagai  pengerusi
                          Jawatankuasa Pemeriksa dengan  persetujuan Naib Canselor.

                   (6)    Ahli Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh menurunkan kuasa kepada mana-mana orang lain
                          yang  bukan  ahli  Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  mewakilkan  beliau  dalam  mesyuarat
                          Jawatankuasa Pemeriksa kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Naib Canselor.

                   (7)    Pendaftar  atau  wakilnya  akan  menjadi  setiausaha  dalam  mesyuarat  Jawatankuasa
                          Pemeriksa.

                   (8)    Penyelia boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihat
                          perkara yang dibincangkan tetapi tidak berhak mengambil bahagian  dalam pertimbangtelitian
                          dan apa-apa keputusan peperiksaan tesis calon.

                   (9)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  menimbang  laporan  pemeriksa  mengenai  tesis  calon,
                          menjalankan peperiksaan viva dan mengambil suatu keputusan mengenai tahap pencapaian
                          tesis  itu  menurut  peruntukan  Peraturan-Peraturan  ini  untuk  diperakukan  kepada  Senat.
                          Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah juga melaporkan kepada Senat apa-apa perkara yang
                          berkaitan dengan mutu atau perjalanan sesuatu peperiksaan.

            23.    Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan

                   (1)    Jawatankuasa  Pemeriksa    yang  berasingan  adalah  diperlukan  bagi  komponen  kursus  dan
                          komponen penyelidikan.

                   (2)    Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  komponen  penyelidikan  hendaklah  sepertimana  yang
                          diperuntukkan di dalam subperaturan 22(1) di atas.

                   (3)    Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa untuk komponen kursus hendaklah terdiri daripada
                          berikut yang diluluskan oleh Senat:

                          (a)   Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;

                          (b)   Pengerusi  Jawatankuasa  Ijazah  Tinggi  Fakulti  atau  Timbalan  Dekan  yang
                                bertanggungjawab  bagi urusan  program  pascasiswazah  di  Fakulti  di  mana  Timbalan
                                Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;


                          (c)   Seorang profesor yang dilantik oleh Fakulti;

                          (d)   Ketua Jabatan atau Penyelaras Program atau Pengerusi Bahagian yang berkenaan;

                          (e)   Penyelaras bidang berkenaan yang bertanggungjawab untuk mana-mana kursus atau
                                rancangan pengajian yang bukan dalam jabatan/Fakulti.

                          (f)   Pemeriksa luar berkenaan; dan

                          (g)   Mana-mana pemeriksa yang terdiri daripada guru sepenuh masa atau orang lain yang
                                dilantik oleh Fakulti

                   (4)    Korum  untuk  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa    bagi  komponen  kursus  adalah  terdiri
                          daripada Pengerusi dan satu pertiga daripada keahlian Jawatankuasa Pemeriksa.

                   (5)    Guru  separuh  masa  Universiti  boleh  dijemput  menghadiri  mesyuarat  Jawatankuasa
                          Pemeriksa.



                                                                                                           50
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56