Page 47 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 47

(d)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  hendaklah  kursus  dari  program
                               pengajian yang setaraf dengan program pengajian ijazah.

                   (2)    Kursus  yang  diluluskan  pengecualian  kredit  akan  diberikan  Gred    K  dan  jam  kredit  tidak
                          diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.

                   (3)    Dalam  keadaan  tertentu,  kursus  yang  tidak  diluluskan  untuk  pemindahan  kredit  boleh
                          dipertimbangkan  untuk  pengecualian  kredit  tertakluk  kepada  syarat-syarat  di  subperaturan
                          (1).

            15.    Permohonan pemindahan dan pengecualian kredit

                   (1)    Permohonan  untuk  pemindahan  atau  pengecualian  kredit  hendaklah  dibuat  dengan
                          menggunakan  borang  tertentu  yang  boleh  didapati  di  Fakulti  masing-masing.  Borang  yang
                          telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti tidak lewat dari hari Jumaat
                          minggu kuliah kedua semester biasa bersama-sama dengan—

                          (a)   bayaran yuran proses atas kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan dikembalikan;

                          (b)   silibus  dan  sistem  pemarkahan  kursus  yang  dipohon  untuk  pemindahan  atau
                                pengecualian kredit; dan

                          (c)   satu salinan transkrip.

                   (2)    Jumlah maksimum jam kredit yang boleh dipindah dan dikecualikan tidak boleh melebihi satu
                          pertiga jam kredit  daripada komponen kursus program pengajian Ijazah.

                   (3)    Calon akan dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan permohonan pemindahan atau
                          pengecualian kredit yang dipohon.


                                                      BAHAGIAN VI
                                                      PENYELIAAN

            16.    Penyeliaan dan kemajuan pencalonan

                   (1)    Fakulti  hendaklah  melantik  seorang  penyelia  bagi  setiap  calon.  Bagi  pencalonan  yang
                          memerlukan lebih daripada seorang penyelia, Fakulti boleh melantik penyelia tambahan yang
                          hendaklah  mempunyai  status  yang  sama  dengan  penyelia  pertama  yang  dilantik.  Penyelia
                          hendaklah  menjalankan  peranan  dan  tanggungjawab  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh
                          Universiti.

                   (2)    Profesor Adjung Universiti, penyelidik pasca-doktoral atau felo penyelidik boleh dilantik oleh
                          Fakulti sebagai penyelia calon dengan syarat seorang penyelia tambahan daripada kalangan
                          kakitangan akademik Universiti dilantik bersama untuk menyelia calon tersebut.

                   (3)    Fakulti  boleh  melantik  seorang  penyelia  bersama  bagi  mana-mana  calon  tertakluk  kepada
                          persetujuan antara staf tersebut dengan Fakulti yang berkenaan.

                   (4)    Fakulti boleh melantik seorang perunding bagi mana-mana calon. Bagi maksud peraturan ini,
                          istilah  “perunding”  hendaklah  digunakan  bagi  pelantikan  pakar  luar  yang  bukan  daripada
                          kalangan kakitangan akademik.

                   (5)    Penyelia, penyelia bersama (jika ada) dan perunding (jika ada) hendaklah dilantik sebelum
                          pendaftaran  permulaan  calon  atau  pada  masa  lain  mengikut  keperluan.  Fakulti  berhak
                          menambah,  mengurang  atau  menukar  mana-mana  penyelia,  penyelia  bersama  atau
                          perunding dari semasa ke semasa sebagaimana dianggap wajar oleh Universiti.

                   (6)    Calon  adalah  dikehendaki  mengemukakan  laporan  kemajuan  penyelidikannya  pada  akhir
                          setiap  semester  kepada  penyelianya    mengikut  prosedur  yang  telah  ditetapkan.  Penyelia,

                                                                                                           46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52