Page 48 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 48

penyelia  bersama  dan  perunding  yang  dilantik  hendaklah  membuat  penilaian  mengenai
                          laporan kemajuan yang dikemukakan tersebut kepada Dekan Fakulti melalui Ketua Jabatan
                          berkenaan.

                   (7)    Calon yang kemajuannya memuaskan akan diperakukan untuk pencalonan diteruskan. Calon
                          yang  kemajuannya  tidak  memuaskan  untuk  tiga  semester  berturut-turut  akan  ditamatkan
                          pencalonannya oleh Fakulti.

                                                      BAHAGIAN VII
                                                          TESIS

            17.    Ketetapan tajuk tesis

                   Tajuk  tesis  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti  untuk  kelulusan  semasa  calon  memberi  notis
                   untuk penyerahan tesis di bawah peraturan 19 Peraturan-Peraturan ini.


            18.    Bahasa tesis

                   Tesis hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris. Dalam keadaan tertentu, Senat
                   boleh meluluskan suatu bahasa selain daripada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris untuk tesis
                   berkenaan.
            19.    Penyerahan Tesis

                   (1)    Calon  hendaklah  menyerahkan  tesisnya  untuk  peperiksaan  dalam  tempoh  pencalonannya.
                          Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan tesis dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian
                          lanjut  tesis  yang  diperlukan  oleh  Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  dianggap  sebagai
                          sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon.

                   (2)    Calon  hendaklah  memberi  sekurang-kurangnya  tiga  bulan  notis  bertulis  kepada  Fakulti
                          sebelum penyerahan tesis untuk pemeriksaan.

                   (3)    Calon hendaklah mengemukakan dalam bentuk percetakan sekurang-kurangnya lima salinan
                          tesis atau mengikut bilangan salinan yang ditetapkan oleh Fakulti untuk pemeriksaan. Tesis
                          tersebut hendaklah—

                          (a)    didahulukan dengan—

                                 (i)     ringkasan  (abstrak)  yang  tidak  melebihi  lima  ratus  patah  perkataan  dalam
                                         bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dalam keadaan di mana bahasa tesis
                                         adalah selain daripada bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris, abstrak dalam
                                         bahasa tersebut hendaklah juga disediakan; dan

                                 (ii)    perakuan  keaslian  penulisan  berdasarkan  format  yang  ditetapkan  oleh
                                         Universiti;

                          (b)    ditaip  atau  dicetak  dua  barisan  langkau  di  atas  kertas  bersaiz  A4,  kecuali  untuk
                                 lukisan atau peta yang tidak mempunyai had saiz kertas. Ruangan berukuran empat
                                 sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri; dan

                          (c)    dijilid dengan kertas nipis berwarna merah „rexine‟ dengan tajuk atau ringkasan tajuk
                                 serta nama pengarang dicetak dalam huruf besar di tulang belakang dan pada kulit
                                 hadapan.

                   (4)    Tesis  hendaklah  tidak  melebihi  seratus  ribu  patah  perkataan  melainkan  Senat  telah
                          meluluskan jumlah bilangan patah perkataan yang lain.

                   (5)    Walau apapun peruntukan subperaturan (4), yang berikut tidak termasuk dalam had patah
                          perkataan tersebut:

                          (a)    Nota kaki atau nota hujung, lampiran, jadual dan rajah; dan

                                                                                                           47
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53