Page 43 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 43

(3)    Calon  diberi  tempoh  masa  selama  dua  minggu  dari  tarikh  permulaan  semester  untuk
                          menyempurnakan  urusan  pendaftaran  kursus.  Calon  yang  tidak  menyempurnakan
                          pendaftaran kursus dalam tempoh ini tidak boleh mengikuti kursus tersebut.

                   (4)    Walau apapun peruntukan subperaturan (3), seseorang calon boleh sebagai kes khas atas
                          perakuan Dekan Fakulti, boleh diluluskan untuk mendaftar lewat atau secara kebelakangan
                          sekiranya  calon  dapat  memenuhi  lapan  puluh  peratus  daripada  kehadiran  kelas  untuk
                          semester  berkenaan  bagi  kursus  tersebut.  Calon  tersebut  akan  dikenakan  bayaran  denda
                          atas  kadar  yang  ditetapkan  di  samping  yuran-yuran  lain  yang  ditetapkan  bagi  kursus
                          berkenaan.

           5.      Pembaharuan pencalonan
                   (1)    Calon program pengajian Ijazah secara Kursus dan Penyelidikan hendaklah memperbaharui
                          pencalonannya tidak lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.

                   (2)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Penyelidikan  hendaklah  memperbaharui
                          pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.

                   (3)    Kegagalan  calon  untuk  memperbaharui  pencalonannya  dalam  tempoh  seperti  yang
                          ditetapkan dalam subperaturan (1) atau (2) boleh menyebabkan pencalonannya diluputkan
                          melainkan  calon  dibenarkan  mendaftar  lewat.  Calon  akan  dikenakan  bayaran  denda  atas
                          kadar yang ditetapkan di samping yuran-yuran lain yang ditetapkan.

           6.      Pendaftaran serentak

                   (1)    Tertakluk  kepada  subperaturan  (2),  (3)  dan  (4),  calon  tidak  dibenarkan  berdaftar  serentak
                          untuk  program  pengajian  lain  yang  membawa  kepada  penganugerahan  sesuatu  ijazah  di
                          Universiti ini atau di universiti atau institusi lain.

                   (2)    Fakulti  boleh  membenarkan  calon  mendaftar  serentak  untuk  program  pengajian  lain  yang
                          membawa  kepada  penganugerahan  sesuatu  ijazah  di  Universiti  ini  atau  di  universiti  atau
                          institusi lain dengan syarat—

                          (a)   calon itu telah mengemukakan kepada Fakulti tesisnya untuk pemeriksaan; dan

                          (b)    program  pengajian  itu  tidak  sama  dengan  program  pengajian  yang  didaftarnya  di
                                Universiti ini.

                   (3)    Dalam keadaan di mana Universiti mengadakan program kerjasama dengan universiti atau
                          institusi lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu ijazah, calon boleh dibenarkan
                          untuk pendaftaran serentak.

                   (4)    Calon  dengan  kelulusan  daripada  Dekan  Fakulti  boleh  mendaftar  dan  mengikuti  pada
                          mana-mana  satu  masa,  suatu  program  Iatihan  dalam  perkhidmatan  yang  diminta  oleh
                          majikannya jika program tersebut dijalankan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

                   (5)    Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), mana-mana calon yang didapati melanggar
                          subperaturan (1) boleh ditamatkan pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran dan bayaran
                          lain yang telah dibayar.

           7.      Kehadiran dalam program pengajian
                   (1)    Calon  hendaklah  menghadiri  semua  program  latihan  dan  penyelidikan  berkaitan  dengan
                          program  pengajian  yang  diikutinya  melainkan  calon  berkenaan  diberi  cuti  sakit  atau  cuti
                          bersalin  oleh    pegawai  perubatan  berdaftar  atau  diberi  kebenaran  untuk  tidak  hadir  oleh
                          Dekan Fakulti.

                   (2)    Calon  boleh  dengan  kelulusan  Fakulti  menjalani  sebahagian  program  pengajiannya  di
                          institusi lain.

           8.      Penarikan diri
                   (1)    Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari kursus:

                                                                                                           42
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48