Page 46 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 46

BAHAGIAN V
                                           STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

            10.    Penawaran dan penyempurnaan kursus

                   (1)    Fakulti akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan dalam mana-mana semester.
                          Setiap  kursus  baru  boleh  ditawarkan  jika  ia  memenuhi  syarat  tertentu  dan  mendapat
                          kelulusan Senat.

                   (2)    Setiap  kursus  yang  ditawarkan  hendaklah  diajar,  diselesaikan  dan  diperiksa  dalam  satu
                          semester.  Hanya  kursus-kursus  tertentu  yang  telah  terlebih  dahulu  mendapat  kelulusan
                          Senat boleh dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester.

                   (3)    Jumlah  jam  kredit  untuk  komponen  kursus  bagi  program  pengajian  Ijazah  hendaklah
                          sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan Senat.

            11.    Pertukaran bidang penyelidikan

                   Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menukar bidang
                   penyelidikannya. Pertukaran bidang penyelidikan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti yang
                   berkenaan.

            12.    Pertukaran mod pengajian

                   Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menukar  mod
                   pengajiannya. Pertukaran mod pengajian adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti.

            13.    Pemindahan kredit

                   (1)    “Pemindahan  kredit”  bermakna  pemindahan  jam  kredit  bersama-sama  dengan  gred  yang
                          diperolehi  bagi  kursus  yang  diambil  oleh  calon  selepas  diterima  masuk  untuk  mengikuti
                          program pengajian Ijazah di Universiti.

                   (2)    Dalam proses pemindahan kredit, jam kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan
                          mata gred bagi kursus berkenaan akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK calon.
                          Kebenaran untuk pemindahan kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

                          (a)    Kursus  yang  dipohon  untuk  pemindahan  kredit  mempunyai  pertindihan  sekurang-
                                 kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;

                          (b)    Gred  atau  mata  gred  yang  diperolehi  untuk  kursus  berkenaan  adalah  tidak  kurang
                                 daripada B atau 3.0; dan

                          (c)    Kursus  yang  dipohon  untuk  pemindahan  kredit  hendaklah  kursus  dari  program
                                 pengajian yang setaraf dengan program pengajian Ijazah.
            14.    Pengecualian kredit

                   (1)    “Pengecualian  kredit”  bermakna  pengecualian  dari  mendaftar  dan  mengikuti  kursus  yang
                          ditetapkan  untuk  program  pengajian  Ijazah  sepertimana  yang  diluluskan  oleh  Senat.
                          Kebenaran  untuk  pengecualian  kredit  ini  adalah  tertakluk  kepada    syarat-syarat  seperti
                          berikut:

                          (a)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  telah  diambil  oleh  calon  sebelum
                               diterima masuk ke program pengajian Ijazah;

                          (b)   Kursus  yang  dipohon  untuk  pengecualian  kredit  mempunyai  pertindihan  sekurang-
                               kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;

                          (c)   Gred  atau  mata  gred  yang  diperolehi  untuk  kursus  berkenaan  adalah  tidak  kurang
                               daripada B atau 3.0; dan

                                                                                                           45
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51