Page 44 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 44

(a)    Penarikan diri dari kursus bermakna penarikan diri dari satu atau lebih kursus dalam
                                 sesuatu  semester.  Walau  bagaimanapun,  calon  adalah  tertakluk  kepada  syarat
                                 minimum jam kredit yang ditetapkan untuk semester biasa.

                          (b)    Calon boleh menarik diri dari kursus tidak lewat dari minggu kuliah ketujuh semester
                                 biasa  atau  minggu  kedua  semester  khas.  Calon  tidak  akan  dikenakan  yuran
                                 pengajian dan rekod kursus akan dihapuskan.

                          (c)    Calon  yang  menarik  diri  dari  kursus  selepas  minggu  kuliah  kedua  tetapi  sebelum
                                 minggu  kuliah  ketujuh  semester  biasa  akan  dikenakan  yuran  pengajian  dan
                                 dicatatkan Gred W bagi kursus berkenaan.

                          (d)    Penarikan  diri  dari  kursus  selepas  minggu  kuliah  ketujuh  semester  biasa  atau
                                 selepas  minggu  kuliah  kedua  semester  khas  adalah  tidak  dibenarkan  kecuali
                                 diluluskan  oleh  Dekan  Institut  Pengajian  Siswazah  atau  pegawai  yang  ditetapkan
                                 oleh  Universiti  atas  permohonan  calon  yang  dibuat  secara  bertulis  melalui  Dekan
                                 Fakulti.

                          (e)    Permohonan  hanya  akan  dipertimbangkan  atas  alasan  kecemasan  yang  disokong
                                 dengan  bukti  dokumentasi  berkenaan  atau  atas  alasan  perubatan  yang  disokong
                                 dengan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar.

                          (f)    Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan akan dicatatkan dengan Gred
                                 W. Yuran pengajian bagi kursus berkenaan akan tetap dikenakan.

                          (g)    Sekiranya   permohonan    tidak   diluluskan,   calon   dikehendaki   meneruskan
                                 pengajiannya bagi kursus berkenaan. Calon akan diberikan Gred F sekiranya tidak
                                 menghadiri  kursus  dan  tidak  menduduki  peperiksaan  yang  diadakan  pada  akhir
                                 semester berkenaan.

                          (h)    Penarikan diri dari kursus atas alasan berikut tidak dibenarkan:

                                 (i)     Prestasi calon tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;

                                 (ii)    Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; atau

                                 (iii)   Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus; dan

                          (i)    Penarikan diri dari mana-mana kursus tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan
                                 semester telah bermula.

                   (2)    Peruntukan berikut adalah terpakai bagi penarikan diri dari semester:

                          (a)    “Penarikan  diri  dari  semester”  bermakna  penarikan  diri  dari  semua  kursus  yang
                                 didaftarkan atau program latihan atau penyelidikan bagi semester berkenaan. Calon
                                 hanya  dibenarkan  menarik  diri  dari  sesuatu  semester  selepas  ia  telah  menjalani
                                 program pengajian sekurang-kurangnya satu semester. Fakulti boleh dalam keadaan
                                 tertentu membenarkan calon menarik diri daripada mana-mana semester.

                          (b)    Permohonan  penarikan  diri  dari  semester  boleh  diluluskan  oleh  Fakulti  tertakluk
                                 kepada  ianya  diterima  sebelum  jam  12.00  tengah  hari,  hari  Jumaat  minggu  kuliah
                                 ketujuh semester berkenaan.

                          (c)    Calon yang diluluskan untuk menarik diri dari semester sebelum 12.00 tengah hari,
                                 hari Jumaat minggu kuliah ketujuh semester—

                                 (i)     tidak akan dikenakan yuran pengajian; dan

                                 (ii)    rekod pendaftaran semester berkenaan dihapuskan.

                          (d)    Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester selepas jam 12.00 tengah hari, hari
                                 Jumaat  minggu  kuliah  ketujuh  semester  kecuali  diluluskan  oleh  Timbalan  Naib
                                                                                                           43
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49