Page 53 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 53

(viii)  Pemeriksa  luar  yang  dilantik  untuk  memeriksa  tesis    calon  hendaklah
                                     menyerahkan laporannya dalam format yang ditetapkan dengan seberapa segera
                                     yang  boleh  tetapi  tidak  melebihi  dua  bulan  dari  tarikh  tesis  dihantar  kepada
                                     beliau.  Fakulti  boleh  memperakukan  kepada  Senat  bagi  menggantikan
                                     pemeriksa  luar  yang  tidak  menjalankan  kewajipan  beliau  dengan  memuaskan
                                     dengan pemeriksa luar yang lain.

                          (b)   Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan.

                               (i)   Bagi komponen penyelidikan, pelantikan pemeriksa luar hendaklah sepertimana
                                     yang diperuntukkan dalam perenggan (a).

                               (ii)   Bagi komponen kursus, sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar hendaklah
                                     dilantik oleh Fakulti.

                               (iii)   Pemeriksa  luar  hendaklah  sejauh  mana  yang  boleh  dilantik  daripada  kalangan
                                     ahli akademik luar Universiti yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai
                                     kepakaran berkaitan dengan program pengajian Ijazah.

                               (iv)   Profesor  Emeritus  atau  Profesor  Adjung  Universiti  tidak  boleh  dilantik  sebagai
                                     pemeriksa luar.

                               (v)   Pemeriksa luar yang dilantik untuk komponen kursus hendaklah—

                                     (A)   memeriksa  dan  menilai  kertas  soalan  peperiksaan  dan  kertas  jawapan
                                           peperiksaan  dan  melaporkan  ulasan/perakuan  beliau  kepada  Dekan
                                           Fakulti;

                                     (B)   di mana disyaratkan dalam surat pelantikan, melawat Fakulti untuk suatu
                                           tempoh yang akan ditetapkan oleh Dekan Fakulti untuk bertemu dengan
                                           guru  dan  calon  di  Fakulti,  mengkaji  kemudahan  pengajaran  dan
                                           penyelidikan  Fakulti,  menilai  mutu  peperiksaan,  menghadiri  Mesyuarat
                                           Jawatankuasa Pemeriksa dan jika perlu, menjalankan seminar untuk guru
                                           dan calon di Fakulti; dan

                                     (C)   mengkaji  dan  menilai  secara  am,  struktur  dan  kurikulum  program
                                           pengajian  Ijazah  dan  memberi  laporannya  kepada  Naib  Canselor  dan
                                           Dekan Fakulti.

            25.           Pemeriksa dalam

                   (1)    Tertakluk kepada perenggan (4), Fakulti hendaklah melantik—

                          (a)    guru  sepenuh  masa  atau  separuh  masa  Universiti  sebagai  pemeriksa  dalam  untuk
                                 komponen kursus; dan

                          (b)    guru sepenuh masa Universiti untuk memeriksa  tesis seseorang calon.

                   (2)    Pemeriksa  dalam  yang  dilantik  untuk  memeriksa  tesis  calon  hendaklah  sejauh  mana  yang
                          boleh  mempunyai  kelayakan,  pengalaman  dan  kepakaran  yang  berkaitan  dengan  bidang
                          penyelidikan tesis calon.

                   (3)    Guru sepenuh masa Universiti tidak boleh dilantik menjadi pemeriksa dalam untuk memeriksa
                          tesis calon yang ada tali persaudaraan rapat dengannya.

                   (4)    Tutor tidak boleh dilantik sebagai pemeriksa dalam untuk memeriksa mana-mana kursus atau
                          tesis. Walau bagaimanapun, beliau boleh dengan persetujuan dan seliaan pemeriksa kursus,
                          membantu dalam pemeriksaan sesuatu kursus.




                                                                                                           52
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58