Page 54 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 54

(5)    Sekiranya  berlaku  kecemasan,  Dekan  Fakulti  boleh  melantik    pemeriksa  dalam  untuk
                          memeriksa  mana-mana  kursus  dengan  syarat  pelantikan  demikian  hendaklah  dilaporkan
                          kepada Fakulti dengan secepat mungkin.

                   (6)    Pemeriksa dalam yang dilantik untuk memeriksa tesis seseorang calon hendaklah menyedia
                          dan  menyerahkan  laporannya  dalam  format  yang  ditetapkan  dalam  tempoh  tidak  melebihi
                          dua  bulan  dari  tarikh  tesis  dihantar  kepada  beliau.  Fakulti  boleh  menggantikan  pemeriksa
                          dalam  yang  tidak  menjalankan  kewajipan  beliau  dengan  memuaskan  dengan  pemeriksa
                          dalam yang lain.

            26.    Perunding

                   Jika  seorang  perunding  telah  dilantik  untuk  membantu  dalam  penyeliaan    calon,  Fakulti  boleh
                   menghendaki  perunding  tersebut  menyedia  dan  mengemukakan  laporan  mengenai  tesis.  Laporan
                   perunding  hendaklah  dibentangkan  dalam  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  untuk  peperiksaan
                   tesis calon.

            27.    Penilaian peperiksaan program pengajian secara Penyelidikan

                   (1)    Kaedah penilaian hendaklah seperti berikut:

                          (a)    Kaedah  penilaian  bagi  program  pengajian  secara  Penyelidikan  hendaklah  melalui
                                 pemeriksaan sebuah tesis dan peperiksaan viva mengenai tesis tersebut.

                          (b)    Tesis hendaklah diperiksa, dinilai dan diperakukan oleh setiap pemeriksa sama ada—

                                 (i)   dianugerahkan Lulus atau Gagal;

                                 (ii)   dirujukkan untuk pembetulan tanpa peperiksaan semula; atau

                                 (iii)   dirujukkan untuk kajian lanjut dan diserahkan untuk peperiksaan semula.

                          (c)    Markah dan gred tidak akan diberi dalam pemeriksaan tesis.

                          (d)    Calon adalah diwajibkan untuk menghadiri satu peperiksaan viva mengenai tesisnya.
                                 Jawatankuasa Pemeriksa mempunyai kuasa untuk menentukan kaedah pengendalian
                                 peperiksaan  viva  untuk  tesis  calon.  Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh,  jika  perlu,
                                 menjemput seorang guru Universiti yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran
                                 yang  berkaitan  dengan  bidang  penyelidikan  calon  untuk  menghadiri  mesyuarat
                                 Jawatankuasa Pemeriksa dan peperiksaan viva calon berkenaan.

                          (e)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  setelah  menimbang  laporan  pemeriksa,  tesis
                                 calon dan peperiksaan viva, memutuskan dan memperakukan sama ada tesis calon
                                 tersebut—

                                 (i)   telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah tanpa
                                       perlu membuat pembetulan;

                                 (ii)   telah  mencapai  merit  akademik  yang  cukup  untuk  dianugerahkan  Ijazah
                                       tertakluk kepada calon membuat pembetulan dalam tempoh kurang dari enam
                                       bulan tanpa peperiksaan semula;

                                 (iii)   dirujukkan  untuk  menjalani  kajian  lanjut  dalam  satu  tempoh  antara  enam
                                       hingga  lapan  belas  bulan  sepertimana  yang  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa
                                       Pemeriksa  dan  hendaklah  diserahkan  untuk  peperiksaan  semula  sebelum
                                       tamat tempoh yang ditetapkan; atau

                                 (iv)   tidak mencapai merit akademik yang mencukupi dan calon telah gagal dalam
                                       peperiksaan tesisnya.



                                                                                                           53
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59